awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisya perkemas teknik nyanyian, sedia tampil karya baharu
Buka pusat khidmat bukan tanda tandingi kerusi Parlimen Padang Serai - Saifuddin Nasution
Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru umat Islam memperingati peristiwa Israk dan Mikraj
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Ahmad Zahid ucap tahniah buat Tang Jie-Ee Wei juarai Badminton Dunia 2025

Bernama
Bernama
31/08/2025
21:30 MYT
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah buat Tang Jie-Ee Wei juarai Badminton Dunia 2025
Chen Tang Jie (kiri) dan Toh Ee Wei dari Malaysia bergambar di atas podium selepas menjuarai acara beregu campuran dalam perlawanan akhir Kejohanan Dunia Badminton. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atas kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis pada Ahad.
Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata kemenangan bergaya 21-15, 21-14 ke atas Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China itu adalah hadiah paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada wira dan wirawati negara kita. Semangat juang serta disiplin mereka menjadi bukti bahawa Malaysia mampu berdiri megah di pentas dunia," katanya.
Kejayaan itu menoktahkan penantian hampir dua dekad selepas pencapaian terbaik negara dalam acara beregu campuran pada kejohanan itu hanyalah di peringkat separuh akhir menerusi Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada edisi 2006 di Madrid, Sepanyol.
Ahmad Zahid berkata detik kemenangan itu turut menyentuh perasaan rakyat Malaysia yang menyaksikannya secara langsung sehingga ramai mengakui menitiskan air mata pada saat mata kemenangan terakhir diraih.
"Inilah semangat Merdeka yang sebenar! Bersatu hati tanpa mengira bangsa dan agama, bersatu terus mengharumkan nama negara," katanya.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#Kejohanan Badminton Dunia 2025
#Ahmad Zahid Hamidi
#Hari Kebangsaan 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan