SUKAN
Trump terima anugerah keamanan FIFA pertama
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dianugerahkan Anugerah Keamanan oleh FIFA sempena Piala Dunia 2026. - Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Keamanan oleh badan bola sepak dunia FIFA, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Trump menerima anugerah itu di sini pada Jumaat semasa undian bagi Piala Dunia 2026 yang bakal dianjurkan AS bersama Mexico dan Kanada.
FIFA berkata anugerah tahunan itu diberikan kepada "individu yang telah mengambil tindakan luar biasa dan cemerlang untuk keamanan."
Trump menerima pingat dan trofi emas daripada Presiden FIFA Gianni Infantino atas usahanya menamatkan konflik di seluruh dunia.
"Ia benar-benar satu daripada penghormatan terbesar dalam hidup saya," kata Trump.
"Dunia kini lebih selamat. AS tidak berada dalam keadaan baik setahun lepas, tetapi sekarang kami adalah negara paling 'hangat' di dunia, " katanya lagi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dianugerahkan Anugerah Keamanan oleh FIFA sempena Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di AS bersama Mexico dan Kanada.
- Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang mengambil tindakan luar biasa untuk keamanan; Trump menerima pingat dan trofi emas daripada Presiden FIFA, Gianni Infantino.
- Trump menganggap anugerah tersebut sebagai penghormatan terbesar dalam hidupnya, sambil menyatakan bahawa AS kini menjadi negara paling 'hangat' di dunia berbanding setahun sebelumnya.