SUKAN
Trump tidak akan hadiri Super Bowl kerana lokasi ‘terlalu jauh’ - Laporan
Trump ketika hadir pada perlawanan Super Bowl tahun lepas, di New Orleans, Louisiana, 9 Feb 2025. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan beliau tidak akan menghadiri perlawanan akhir Super Bowl pada 8 Februari ini kerana lokasi penganjuran acara itu dianggap “terlalu jauh.”
Dalam temu bual bersama New York Post, Trump berkata, perlawanan yang dijadual berlangsung di Levi’s Stadium, California Utara, memerlukan perjalanan yang panjang.
“Ia cuma terlalu jauh. Kalau perjalanannya sedikit lebih dekat, saya akan pergi,” katanya.
Trump sebelum ini mencatat sejarah apabila menjadi Presiden pertama hadir ke Super Bowl ketika perlawanan edisi 2025 di New Orleans.
Beliau juga sering hadir pelbagai acara sukan besar sekiranya lokasi penganjuran berdekatan dengan Florida
Antara kejohanan dihadiri Presiden AS itu ialah perlumbaan Daytona 500 pada 2025, kejohanan College Football National Championship minggu ini dan Piala golf Ryder Cup di Bethpage, New York, pada September lalu.
Sebahagian besar acara itu berlangsung berhampiran Florida, tidak jauh dari kelab Mar-a-Lago di Palm Beach, lokasi Trump biasa menghabiskan hujung minggu.
Dalam masa sama, keengganan menghadiri Super Bowl tahun ini juga disebabkan beliau tidak berpuas hati dengan pemilihan artis persembahan Super Bowl tahun ini, termasuk Rapper Puerto Rico, Bad Bunny pada separuh masa dan Kumpulan punk rock Green Day (pra-perlawanan).
Beliau sebelum ini menyifatkan pemilihan Bad Bunny sebagai “tidak masuk akal”, sementara penyokongnya mengkritik penyanyi yang terkenal dengan genre rap Sepanyol itu.
Green Day pula dikenali dengan karya yang mengkritik agenda politik “MAGA”, selain vokalisnya, Billie Joe Armstrong, pernah menyuarakan sokongan kepada penunjuk perasaan yang menentang dasar anti-imigresen pentadbiran Trump.
Bagaimanapun, Trump menegaskan pemilihan artis tidak mempengaruhi keputusannya untuk tidak hadir.
NFL serta wakil Bad Bunny dan Green Day belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Super Bowl merupakan acara paling ramai ditonton di Amerika Syarikat saban tahun.
Menurut NFL, edisi tahun lalu mencatat hampir 130 juta tontonan dalam AS dan 62.5 juta penonton antarabangsa. - Agensi