Tuah peminat Everton kerana Twitter

Ian Johan Ariff
Februari 14, 2014 10:22 MYT
Ric Wee menyokong kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL) sejak 30 tahun yang lalu.
Siapa sangka peluang menonton secara langsung di stadium milik kelab itu Goodison Park buat kali pertama terpaksa ditunda akibat keselamatan.
Namun siapa sangka kekecewaannya diubati kelab yang disokongnya sejak kecil lagi.
Semuanya menjadi kenyataan apabila Ric berkongsi keterujaannya di Twitter untuk menonton perlawanan itu.
Tweet tersebut mendapat 7,762 reweet sekaligus mencuri perhatian pengurusan kelab Eveton.
Kelab dari Liverpool itu memberi layanan VIP kepada Ric dengan memberi lawatan ke stadium selain bertemu dengan pengurus kelab itu, Roberto Martinez dan bintangnya seperti Leighton Baines.
Puluhan media di England termasuk BBC dan Sky Sports turut berebut-rebut untuk menemubualnya selepas mengetahui ceritanya di twitter.
Walaupun Everton mahu memberikannya tiket perlawanan Piala FA yang akan berlangsung Ahad ini, Ric terpaksa menolaknya kerana akan pulang ke Malaysia pada Sabtu.
#BPL #liga perdana inggeris barclays #Liverpool #ric wee