awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduhan perkauman terhadap Roberto Firmino bayangi kemenangan Liverpool ke atas Everton

Israr Khalid
Israr Khalid
06/01/2018
06:37 MYT
Tuduhan perkauman terhadap Roberto Firmino bayangi kemenangan Liverpool ke atas Everton
Pertahanan Everton, Mason Holgate (kiri) tuduh Roberto Firmino lontar kata-kata berunsur perkauman kepadanya. - REUTERS
PERSATUAN Bola Sepak England (FA) dijangka akan menjalankan siasatan terhadap tuduhan perkauman oleh pertahanan Everton, Mason Holgate terhadap Roberto Firmino ketika kemenangan Liverpool dalam saingan Piala FA di Anfield awal pagi tadi.
Holgate bertegang urat dengan penyerang The Reds itu selepas dia menolak Firmino ke papan iklan pada separuh masa pertama perlawanan yang menyaksikan Liverpool mara ke pusingan keempat selepas menang 2-1.
Firmino yang berang dilihat melulu ke arah Holgate, yang kemudian melenting apabila sesuatu diperkatakan oleh pemain Brazil itu.
Holgate ditenangkan rakan sepasukan, lalu mengadu kepada pengadil, Robert Madley bahawa terma berunsur perkauman telah dihambur Firmino. Madley kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pengadil keempat, Jon Moss dan bercakap lagi dengan pertahanan berusia 21 tahun itu usai perlawanan.
Dakwaan Holgate dijangka diturutserta dalam laporan perlawanan Madley yang akan dihantar kepada FA, yang akan memutuskan tindakan selanjutnya.
Sementara itu jurucakap Liverpool berkata, pihak kelab dan pemain akan memberi seluruh kerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan fakta dikaji dengan terperinci jika difikirkan perlu.
Sepanjang proses siasatan berlangsung Liverpool juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan.
Topic Berkaitan
#Everton
#FA
#FA Inggeris
#Liverpool
#Mason Holgate
#perkauman
#Piala FA
#Roberto Firmino
#The Reds
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan