awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh lagi pemain 'Malaysian Abroad' bakal perkuat Harimau Malaya - TMJ

Astro Arena
Astro Arena
27/03/2025
00:10 MYT
Tujuh lagi pemain 'Malaysian Abroad' bakal perkuat Harimau Malaya - TMJ
Tunku Ismail (kanan) berkata, tujuh lagi pemain baharu bakal diserap masuk dalam skuad Harimau Malaya selepas tiga yang dipanggil bagi aksi berdepan Nepal.
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan tujuh lagi pemain baharu bakal diserap masuk dalam skuad Harimau Malaya selepas tiga yang dipanggil bagi aksi berdepan Nepal.
Aksi kelayakan Piala Asia bertemu Nepal yang berkesudahan 2-0 menampilkan perkembangan terbaharu buat pasukan, kehadiran pemain warisan yang memperkuatkan skuad Harimau Malaya serta di bawah kendalian jurulatih berpengalaman dari Australia, Peter Cklamovski.
Di sebalik kemenangan yang diraih ke atas pasukan yang berada di ranking ke-175 itu, terdapat perkara positif yang dapat diambil menerusi corak permainan pasukan yang lebih berkualiti ditambah dengan kehadiran muka baharu, Hector Hevel, yang tidak menunggu lama untuk mencetak nama selaku penjaring.
Menerusi ciapan di X, Tunku Ismail, mendedahkan Harimau Malaya sudah mula menampilkan perkembangan dan memberitahu tujuh lagi pemain bakal diserap masuk ke dalam pasukan.
Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan ada constant progress dan improvements dlm setiap aspek. Semalam kita boleh lihat playing structure solid, intensity 90minutes was high. 7 lagi Malaysian players abroad akan add more quality dan membantu pasukan. Yang penting pasukan https://t.co/wSfFJu1xQ5
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 26, 2025
"Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan ada kemajuan yang berterusan dan penambahbaikan dalam setiap aspek. Semalam kita boleh lihat struktur permainan yang mantap, intensiti 90 minit yang cukup tinggi."
TMJ berkata lagi: "Tujuh lagi pemain Malaysia yang berada di luar negara akan menambah kualiti dan membantu pasukan. Yang penting pasukan negara bermain di pertandingan antarabangsa dan disegani.
"Kebanggaan kita dan imej kita. Untuk mencapai matlamat tersebut kita harus bersatu dan bersabar. Keutamaannya adalah bukanlah perkembangan pantas, tetapi arah yang mahu dituju."
Malaysia akan kembali beraksi bertemu Vietnam yang dijadualkan berlangsung 10 Jun ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#kelayakan piala Asia
#Tunku Mahkota Johor
#TMJ
#Malaysian Abroad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan