[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Tular: Kelab EPL ini sahkan pemain mudanya berdarah Malaysia!

Astro Arena 24/09/2025 | 00:50 MYT
Laman web rasmi West Ham United FC meletakkan Harry Montague, 16 tahun, berkerakyatan Inggeris-Malaysia. - Foto Astro AREMA
GEMPAR di media sosial apabila kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United, mengesahkan pemain mudanya, Harry Montague, boleh mewakili Malaysia.

West Ham, dalam kemas kini laman web rasmi mereka, meletakkan pertahanan berusia 16 tahun itu berkerakyatan Inggeris-Malaysia.

Dalam biografi pemain itu, West Ham menyatakan bahawa Montague merupakan pertahanan tinggi lampai dan merupakan produk B-9 akademi mereka.
Iklan


Dia melakukan penampilan B-18 pertamanya ketika menentang Arsenal pada Januari lalu.

Pada Julai lalu, kelab EPL itu turut mengumumkan bahawa Montague bersama 10 pemain lain merupakan penerima biasiswa sepenuh masa akademi mereka.

Mungkinkah kita akan dapat lihat pemain ini menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti?






#EPL #West Ham United #Harry Montague #kerakyatan Inggeris-Malaysia