GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
SUKAN

Tular: Mana perginya Raheem Sterling?

Astro Arena 25/09/2025 | 00:50 MYT
Raheem Sterling tidak kelihatan dalam gambar rasmi Chelsea bagi musim 2025-26. - Foto Astro ARENA
TULAR di laman-laman sosial hari ini apabila pemain sayap England, Raheem Sterling, tiada dalam sesi gambar rasmi kelabnya, Chelsea, bagi musim 2025-26.

Umum mengetahui bahawa pemain berusia 30 tahun itu, bersama Axel Disasi, tidak lagi berada dalam perancangan pengurus kelab itu, Enzo Maresca, dan dilaporkan menjalani latihan berasingan daripada pasukan utama selain diberikan akses terhad terhadap fasiliti pasukan.

Mereka dilaporkan dipinggirkan kerana boleh memicu suasana tidak harmoni dalam bilik persalinan.

Baru-baru ini, Persatuan Pemain Profesional England (PFA) mula campur tangan berkenaan isu 'bomb squad' itu, di mana badan itu meminta penjelasan daripada The Blues berkenaan tindakan mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental dua pemain itu, antaranya ruang makan dan tandas yang diasingkan daripada pemain lain.

Sebagai rekod, Sterling menyertai Chelsea daripada Manchester City pada 13 Julai 2022 dan kontraknya bersama The Blues hanya akan tamat pada pertengahan tahun depan.





#Chelsea #Raheem Sterling #Axel Disasi #England