[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
SUKAN

Tular penjaga gol Man Utd, Andre Onana tukar bidang kepada pemain tengah

Astro Arena 23/06/2025 | 02:00 MYT
Sepanjang menjadi watak utama Manchester United, Onana (gambar) sudah merekodkan 24 'cleen sheet'. - Foto Astro ARENA
TULAR satu video di media sosial berkenaan kecemerlangan penjaga gol Manchester United, Andre Onana, bermain selaku pemain tengah sebuah pasukan ketika perlawanan persahabatan di sebuah lokasi.
Kelincahan dan ketenangannya dipuji peminat tempatan yang hadir menyaksikan aksi tersebut, turut menjadikan Onana sebagai tumpuan utama pertembungan.
Difahamkan, ia berlaku di kampung halaman bintang Cameroon itu sebagai pemanas badan buatnya menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Red Devils.
Orang ramai terutamanya di X berseloroh mahukan Onana menukar bidang kepada perancang tengah skuad kendalian Ruben Amorim kerana dilihat lebih berbakat dan berkemungkinan menjadi pengganti terbaik kepada Christian Eriksen yang meninggalkan kelab tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apakah pendapat peminat Man Utd?
Sepanjang menjadi watak utama bekas juara Piala FA 2024 itu, Onana sudah merekodkan 24 'cleen sheet'.
Musim lalu dianggap sebagai mimpi ngeri buatnya yang sering melakukan kesilapan mudah sehingga kerap dibolosi.
#Manchester United #Andre Onana #perlawanan persahabatan #penjaga gol Manchester United