awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumbuk Pengadil: Polis rekod 20 keterangan saksi

Bernama
Bernama
25/04/2014
05:29 MYT
Tumbuk Pengadil: Polis rekod 20 keterangan saksi
Mohd Mokhtar Mohd Shariff
Polis sudah merekodkan 20 keterangan saksi berhubung insiden bekas pengurus pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) II, On Jabar menumbuk pengadil selepas perlawanan saingan Liga Perdana antara pasukan itu dan UiTM FC, Sabtu lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis setakat ini sudah mengambil keterangan dari On dan beberapa saksi lain bagi melengkapkan kertas siasatan.
"Pengadil berkenaan bagaimanapun belum direkodkan keterangannya dan polis juga sedang menunggu laporan perubatannya dari pihak hospital untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Mokhtar pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Dalam insiden itu, On dilapor menumbuk muka pengadil Sukri Abd Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukan tuan rumah dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#JDT2
#Liga Super
#tumbuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan