awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tundukkan Barcelona sekadar tiga mata lagi untuk Atletico - Jan Oblak

Astro Arena
Astro Arena
22/12/2024
03:00 MYT
Tundukkan Barcelona sekadar tiga mata lagi untuk Atletico - Jan Oblak
Pemain Atletico Madrid meraikan kemenangan ketika perlawanan La Liga antara Barcelona dan Atletico Madrid di Stadium Olimpik Lluis Companys, Barcelona, Sepanyol, 21 Dis 2024. (Foto AP)
BARCELONA 1 ATLETICO MADRID 2
Atletico Madrid tidak harus terbawa-bawa selepas mereka menewaskan Barcelona untuk merampas tempat teratas LaLiga, kata Jan Oblak.
Gol terakhir Alexander Sorloth mengesahkan kemenangan 2-1 untuk pasukan bimbingan Diego Simeone itu di Estadi Olimpic Lluis Companys, awal pagi tadi.
Atletico, yang buntu penyudah dalam separuh masa pertama menyamakan kedudukan menerusi Rodrigo De Paul yang membatalkan gol pembukaan Pedri, sebelum ledakan Sorloth meletakkan mereka di puncak liga.
Ia menandakan kemenangan pertama Atletico ke atas Barca di tempat lawan dalam LaLiga sejak Februari 2006, sekali gus menamatkan rentetan kedua terburuk tanpa kemenangan berkunjung di tempat lawan yang sama, 19 perlawanan.
Begitupun, Oblak tetap merendah diri dengan pencapaian semasa pasukannya.
"Saya belum pernah menang di Barcelona sejak saya tiba dan kini akhirnya. Ia sukar tetapi kami meraih tiga mata. Ayuh teruskan perjuangan ini," kata penjaga gol itu kepada Movistar selepas cemerlang mematahkan beberapa asakan berbahaya.
3 - Rodrigo de Paul has scored three goals in his last four games in @LaLiga, the same as in his previous 53 games in the competition. 50% of the goals he's scored for #AtléticoDeMadrid have been from outside the box (7/14). Punch. pic.twitter.com/rkrHdtiOXe
— OptaJose (@OptaJose) December 21, 2024
"Kami bermula dengan teruk, sedikit gementar yang tiada siapa yang fahami. Walhal kami berada dalam keadaan yang sangat baik. Selepas 1-0 kami mampu bertahan tanpa dibolosi gol kedua.
"Liga ini sangat panjang. Hari ini bukan perkara mustahak, ia sekadar tiga mata dan terdapat banyak lagi mata untuk direbut. Sebulan setengah yang lalu jurang kami jauh dan kini kami sudah berada di puncak."
Topic Berkaitan
#barcelona
#LaLiga
#Atletico Madrid
#Jan Oblak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan