Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Hamidin Mohd Amin masih 'berahsia' mengenai status Kevin Ramalingam yang dilapor melepaskan jawatan sebagai ketua Pegawai Eksekutif badan itu.
Hamidin yang ditemui selepas perasmian Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Junior RSC-Datuk Chu Ah Nge ke-15 berkata beliau masih belum mendapat sebarang laporan berhubung perkara berkenaan.
"Tentang perkara itu (perletakkan jawatan), MFL akan buat kenyataan rasmi mengenai isu ini. Saya belum dapat lagi laporan penuh, mungkin dalam masa terdekat.
"Sama ada sahih atau tidak itu semua, dalam masa terdekat kita akan keluarkan kenyataan... tunggu kenyataan rasmi," katanya.
Spekulasi mengenai perletakkan jawatan Kevin hangat diperkatakan selepas laporan sebuah blog yang mengatakan semalam adalah hari terakhir beliau di MFL dan telah mengucapkan selamat tinggal kepada petugas di MFL.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak Datuk Posa Majais pernah mendesak agar Kevin melepaskan jawatan ekoran tidak puas hati dengan cara Kevin mengenakan pemotongan geran.
Isu ini kembali panas diperkatakan apabila ura-ura mengatakan adanya usul daripada pemegang taruh agar Kevin melepaskan jawatan pada Kongres MFL dijadualkan pada 14 Dis ini yang dijangka akan dihadiri semua wakil pemegang taruh Liga Malaysia.
Difahamkan kelewatan pengagihan geran tahunan sepertimana dijanjikan antara punca mengapa Kevin menjadi sasaran kecaman dan diminta melepaskan jawatannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Kelewatan pengagihan geran tahunan sepertimana dijanjikan antara punca mengapa Kevin (gambar) menjadi sasaran kecaman dan diminta melepaskan jawatannya. - Gambar fail
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.
'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.
Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Nancy berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden mempercayai bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.