SUKAN
Turkiye bergoncang lagi, lebih 1,000 pemain digantung akibat pertaruhan
TFF memaklumkan pemain yang dikenal pasti telah bertaruh dirujuk kepada Lembaga Disiplin Bolasepak Profesional (PFDK).
Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) menggantung 1,024 pemain, termasuk bintang Galatasaray dan Besiktas, bagi melancarkan siasatan terhadap dakwaan penglibatan dalam aktiviti pertaruhan.
Ringkasan AI
Antara yang terlibat ialah pemain pertahanan Galatasaray, Eren Elmali, yang dikeluarkan daripada skuad kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Sepanyol dan Bulgaria.
Elmali, tonggak utama kelab itu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini, disenaraikan bersama rakan sepasukan Metehan Baltaci, serta pemain Besiktas, Necip Uysal dan Ersin Destanoglu.
Dalam kenyataan rasmi, TFF memaklumkan pemain yang dikenal pasti telah bertaruh dirujuk kepada Lembaga Disiplin Bolasepak Profesional (PFDK). Secara keseluruhan, 27 pemain daripada liga utama digantung, manakala 77 pemain dari divisyen bawahan turut dikenakan tindakan sama.
Walaupun penggantungan ini berlaku, perlawanan dua divisyen teratas akan diteruskan. Sebaliknya, saingan divisyen ketiga dan keempat digantung selama dua minggu.
TFF turut memohon kepada FIFA agar memberikan kelab tempoh tambahan 15 hari untuk pendaftaran pemain, selain jendela perpindahan musim sejuk, bagi mengatasi kekurangan skuad. UEFA juga dimaklumkan mengenai perkembangan ini.
Bulan lalu, TFF menggantung 149 pengadil selepas dakwaan penglibatan mereka dalam skandal pertaruhan. Hukuman antara lapan hingga 12 bulan dikenakan ke atas pegawai berkenaan, sementara siasatan terhadap tiga pengadil masih berjalan.
Presiden TFF, İbrahim Hacıosmanoğlu, menyifatkan pendedahan ini sebagai “peristiwa hitam bola sepak Turkiye” dan berikrar membawa semua pihak yang bersalah ke muka pengadilan. - Stadium Astro
Ringkasan AI
- Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) menggantung 1,024 pemain, termasuk pemain Galatasaray dan Besiktas, bagi siasatan pertaruhan yang melibatkan pemain sepak bola.
- Pemain penting Galatasaray, Eren Elmali, dikeluarkan dari skuad Turkiye sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia disebabkan dakwaan terlibat dalam skandal pertaruhan.
- TFF telah menggantung 27 pemain dari liga utama dan 77 pemain dari divisyen bawahan, sementara Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) diminta memberikan tempoh perpindahan tambahan bagi kelab menangani kekurangan skuad.
Antara yang terlibat ialah pemain pertahanan Galatasaray, Eren Elmali, yang dikeluarkan daripada skuad kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Sepanyol dan Bulgaria.
Elmali, tonggak utama kelab itu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini, disenaraikan bersama rakan sepasukan Metehan Baltaci, serta pemain Besiktas, Necip Uysal dan Ersin Destanoglu.
Dalam kenyataan rasmi, TFF memaklumkan pemain yang dikenal pasti telah bertaruh dirujuk kepada Lembaga Disiplin Bolasepak Profesional (PFDK). Secara keseluruhan, 27 pemain daripada liga utama digantung, manakala 77 pemain dari divisyen bawahan turut dikenakan tindakan sama.
Walaupun penggantungan ini berlaku, perlawanan dua divisyen teratas akan diteruskan. Sebaliknya, saingan divisyen ketiga dan keempat digantung selama dua minggu.
TFF turut memohon kepada FIFA agar memberikan kelab tempoh tambahan 15 hari untuk pendaftaran pemain, selain jendela perpindahan musim sejuk, bagi mengatasi kekurangan skuad. UEFA juga dimaklumkan mengenai perkembangan ini.
Bulan lalu, TFF menggantung 149 pengadil selepas dakwaan penglibatan mereka dalam skandal pertaruhan. Hukuman antara lapan hingga 12 bulan dikenakan ke atas pegawai berkenaan, sementara siasatan terhadap tiga pengadil masih berjalan.
Presiden TFF, İbrahim Hacıosmanoğlu, menyifatkan pendedahan ini sebagai “peristiwa hitam bola sepak Turkiye” dan berikrar membawa semua pihak yang bersalah ke muka pengadilan. - Stadium Astro
#Turkiye
#skandal bola sepak turkiye
#pemain turkiye digantung
#skandal pertaruhan bola sepak turkiye