awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Yong tukar gaya latihan lebih intensif

Bernama
Bernama
01/12/2023
20:20 MYT
Tze Yong tukar gaya latihan lebih intensif
Tze Yong berpuas hati dengan pencapian yang diraih sepanjang musim 2023 ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mengubah regim latihan yang lebih intensif dalam usaha memperbaiki prestasinya untuk menghadapi kejohanan badminton musim depan.
Pemain di kedudukan ke-15 dunia itu berkata, beliau kini menjalani latihan sekurang-kurangnya enam jam sehari bagi mengatasi masalah sukar untuk mengekalkan konsistensi ketika perlawanan.
Beliau berkata, perkara itu perlu demi memastikan beliau mampu mengekalkan ranking untuk berada di kedudukan terbaik dunia sekali gus merebut slot Sukan Olimpik Paris 2024.
"Selepas ini hari-hari saya akan kekalkan latihan seperti itu (enam jam sehari), saya hanya ada satu bulan untuk latihan jadi saya mahu beri yang terbaik, latihan gigih sebagai persediaan untuk kejohanan berikutnya.
"Saya rasa saya harus lebih konsisten, sebab kadangkala saya masih boleh menang, jadi pemain terbaik, kemudiannya permainan berikutnya saya kalah pula. Saya perlu konsisten," katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di sini, pada Jumaat.
Pemain kelahiran Johor itu bagaimanapun berpuas hati dengan pencapian yang diraih sepanjang musim 2023 ini.
"Saya rasa agak gembira dengan pencapaian saya tahun ini sebab saya boleh berusaha baiki diri, sasaran utama saya untuk Olimpik jadinya kena kekalkan kedudukan di ranking terbaik 16," katanya.
Tahun ini Tze Yong mempamerkan peningkatan prestasi memberangsangkan pada kejohanan yang disertai apabila tujuh kali berjaya melayakkan diri ke suku akhir, dua kali mara ke separuh akhir dan sekali muncul naib juara di Terbuka Artik di Vantaa, Finland.
Beliau pada masa sama berjaya menewaskan beberapa pemain utama termasuk pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark pada pusingan kedua Seluruh England, Mac lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ng Tze Yong
#latihan intensif
#olimpik paris 2024
#pemain badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan