SUKAN
Ubaidullah tekad rebut kesebelasan utama Harimau Malaya
Ubaidullah berkata peluang dan pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa juga akan dimaanfaatkan untuk memperkuat pasukan TFC yang kini berada di kedudukan tiga teratas Liga Super. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Pemain pertahanan Terengganu FC (TFC) Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili mahu memanfaatkan beliau sebaiknya bagi membalas kepercayaan pengendali Harimau Malaya Peter Cklamovski serta memperkuatkan pasukan.
Walaupun menyedari saingan sengit merebut tempat dalam posisi, pemain berusia 22 tahun itu tekad membuktikan bahawa dirinya layak berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos.
"Ini kali ketiga saya dipanggil menyertai skuad kebangsaan dengan diberi peluang bermain penuh ketika menentang Cape Verde, Mei lepas.
"Harapan saya kali ini pastilah untuk ditempatkan dalam skuad utama. Saya dan Daniel Ting antara pemain di posisi pertahanan berkaki kiri...mungkin ada persaingan di situ. Tetapi pemain lain juga tidak kurang hebatnya...peluang memang ada dan terbuka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selain itu, Ubaidullah berkata peluang dan pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa juga akan dimaanfaatkan untuk memperkuat pasukan TFC yang kini berada di kedudukan tiga teratas Liga Super.
Pemain utama Skuad Penyu itu dijadualkan melapor diri di kem latihan pusat hari ini sebelum berlepas ke Vientiane, Laos bagi perlawanan pada 9 Okt nanti.
Selesai perlawanan, latihan pusat skuad Harimau Malaya akan bersambung di Kuala Lumpur dari 10 hingga 13 Okt sebagai persediaan aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Okt nanti.
Selain Ubaidullah, penjaga gol utama TFC Suhaimi Husin turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan bagi menggantikan penjaga gol Kuching City FC Muhammad Haziq Nadzli dan Muhammad Azri Abdul Ghani yang digugurkan kerana masalah kesihatan.
-- BERNAMA