Pelbagai ranjau dan kisah pahit dialami penerjun negara Wendy Ng Yan Yee sebelum berjaya memenangi emas pertama acara terjun yang membuka tirai hari ini.
Wendy, 24, berkata beliau bergelut dengan kecederaan belakang dan bahu sejak dua tahun lepas dan semakin serius tahun ini hinggalah beliau terpaksa melupakan kejohanan siri dunia tahun ini.
Sejak itu, katanya ubat penahan sakit sentiasa menjadi peneman setia sama ada ketika latihan ataupun selepas menjalani latihan.
"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jurulatih, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang tidak pernah berputus asa walaupun saya ada masanya kurang bersemangat.
"Kecederaan yang saya alami agak serius tetapi saya gembira kerana saya masih boleh berlatih. Semasa latihan, selepas latihan apa yang saya perlukan adalah ais dan ubat penahan sakit. Saya sangat bersyukur ISN, jurulatih dan rakan sepasukan membantu dan kami banyak berbual," katanya.
Dalam acara 3 meter papan anjal wanita, Wendy mengumpul 342.90 mata untuk emas pertama acara itu, yang juga emas pertama beliau dalam acara individu.
Wendy sebelum ini meraih perak acara sama sejak edisi 2011 di Palembang, 2013 di Nay Pyi Taw dan 2015 di Singapura.
Dalam pada itu, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu mendedikasikan pingat emas buat nenek kesayangannya yang tidak dapat hadir di Pusat Akuatik Nasional hari ini.
"Saya sangat gembira memenangi emas ini selepas bergelut dengan kecederaan dan telah melalui pelbagai rintangan untuk sampai ke tahap ini.
"Saya dedikasikan emas ini untuk nenek saya yang tidak sihat dan tidak dapat hadir hari ini. Ini (pingat) adalah untuk nenek," katanya.
Wendy akan beraksi dalam acara 1m papan anjal esok dan bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 3m papan anjal seirama pada Selasa.
Sementara itu, Nur Dhabitah meraih pingat perak selepas mengumpul 311.25 mata diikuti penerjun Singapura Ashlee Tan Yi Xuan yang mengumpul 233.60 untuk gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2017
Dalam acara 3 meter papan anjal wanita, Wendy mengumpul 342.90 mata untuk emas pertama acara itu, yang juga emas pertama beliau dalam acara individu. Foto Astro ARENA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
MBSB Bank lancar PrimeGold-I, platform pelaburan emas digital mampu milik dan selamat
MBSB Bank Bhd melancarkan PrimeGold-I, platform pelaburan emas digital yang menjadikan pemilikan emas mudah diakses, mampu milik dan selamat kepada pelanggannya.
Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu syarikat pelaburan emas
Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpanan peribadi dan pencen sebanyak RM570,000 lesap ditipu syarikat pelaburan jual beli emas.
Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus
Pemain boling padang Pulau Pinang Mohd Firdaus Ab Rahman menyambar pingat emas terakhir Para SUKMA 2024 selepas memenangi acara perseorangan lelaki B8.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
SUKMA 2024: Skuad ping pong Wilayah Persekutuan menang emas beregu wanita dan lelaki
Skuad ping pong Wilayah Persekutuan menambah koleksi emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 apabila mengungguli kategori beregu lelaki dan wanita, hari ini.
SUKMA 2024: Negeri Sembilan raih emas tenpin boling selepas 14 tahun
Skuad lelaki Negeri Sembilan melangkah ke podium dengan bergaya apabila menamatkan penantian 14 tahun pingat emas tenpin boling Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.
SUKMA 2024: Joey Tan pertahan emas recurve wanita
Atlet memanah Sarawak Joey Tan Xing Lei berjaya mempertahankan pingat emas acara 70-meter recurve individu wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
MPM sedia jadi pengubat duka rakyat Malaysia di Paris - Megat D. Shahriman
Megat D. Shahriman optimis kontinjen negara mampu mencapai sasaran misi empat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Olimpik Paris 2024: Tuan rumah raih emas pertama menerusi ragbi 7 sebelah
Tuan rumah Perancis meraih emas pertama mereka pada Sukan Olimpik Paris selepas menang 28-7 menentang Fiji.
AUG 2024: Emas hadiah hari jadi Afiq Danish
Atlet judo lelaki negara Afiq Danish Zapri berjaya menyambar pingat emas kategori bawah 90kg di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 hari ini.