UCL: Ancelotti enggan kritik Real Madrid selepas tewas mengejut kepada RB Leipzig

Astro Arena
Oktober 26, 2022 01:00 MYT
Ancelotti berjabat tangan dengan pemain Leipzig Abdou Diallo ketika perlawanan UCL kumpulan F antara RB Leipzig dan Real Madrid di RB Arena, Leipzig, Jerman, 25 Okt 2022. (Foto AP)
RB LEIPZIG 3 REAL MADRID 2
Carlo Ancelotti berkata dia 'tidak sakit hati' dengan prestasi Real Madrid selepas tewas mengejut 2-3 di tangan RB Leipzig dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Ia merupakan kekalahan pertama Madrid musim ini, di mana mereka tidak pernah kalah dalam saingan LaLiga dan UCL sebelum perlawanan itu.
Bagaimanapun, gol daripada Josko Gvardiol, Christopher Nkunku dan Timo Werner memastikan kemenangan buat Leipzig di Red Bull Arena dan menghidupkan peluang mereka untuk menjuarai saingan Kumpulan F - di mana Madrid hanya berkelebihan satu mata di tangga teratas.
"Kami dibolosi daripada dua situasi bola mati dan permainan berjalan dengan dinamik seperti yang kami mahukan, mereka amat bagus sewaktu serangan balas," kata Ancelotti selepas perlawanan itu.
"Kuncinya adalah dua gol daripada gerakan itu. Saya tidak sakit hati. Ia satu kekalahan, ia mengganggu kami tetapi ia satu kekalahan yang tidak banyak menjejaskan kami.
"Kami masih ada satu peluang (untuk memastikan kedudukan teratas). Saya tidak boleh mengkritik pasukan yang telah melakukannya dengan amat baik setakat ini," katanya.

We fought until the end.#UCL pic.twitter.com/4YopnaM419

— Real Madrid C.F. (@realmadriden) October 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #UCL #Carlo Ancelotti #RB Leipzig