ATLETICO 6 CELTIC 0
Pengurus Celtic, Brendan Rodgers, menyifatkan bola sepak moden bagaikan "permainan komputer" apabila percaya Daizen Maeda dibuang padang selepas campur tangan video bantuan pengadil (VAR) yang tidak diperlukan dalam kekalahan 0-6 anak buahnnya kepada Atletico Madrid.
Kad kuning ke atas Maeda bertukar kepada merah selepas semakan VAR di pertengahan separuh masa pertama di Estadio Metropolitano, namun Rodgers tidak menolak kad kuning sudah pun memadai.
Penyerang Jepun itu membuat terjahan 50-50 dengan Mario Hermoso yang kemudian mencederakan dirinya sendiri.
Celtic sudah pun ketinggalan menerusi rembatan melencong Antoine Griezmann dan ia menyemarakkan lagi semangat tuan rumah.
Griezmann dan Alvaro Morata masing-masing meledak dua gol, manakala Samuel Lino dan Saul Niguez turut melakar jaringan ketika Atletico berpesta gol dalam babak kedua.
Rodgers berkata: “Saya rasa kad merah adalah titik tolak perlawanan ini. Kami bermula dengan baik, dengan keyakinan, memasuki beberapa bahagian padang dengan sangat bagus. Kemudian seorang pemain kami dibuang padang pada awal permainan dan ia merupakan kekecewaan besar memandangkan saya tidak berasakan sampai kad merah diperlukan.
“Apabila anda lihat ulang tayangnya, kaki kedua-dua pemain telah berlaga. Pengadil mengesannya dan dia meminta semakan VAR.
“Gambaran awal yang dilihatnya tidak mewakili terjahan sebenar. Apabila imej pertama yang dilihat akan membuatkan anda menyangka kaki Daizen Maeda yang menerjah tetapi bukan begitu dan ia adalah kad merah yang tidak adil.
“Untuk ke mari dengan 11 lawan 11, kami perlu berada di tahap maksimum untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan ini dan kehilangan seorang pemain pada awal permainan menjadi cabaran sebenar dan kami letih, malah pihak lawan juga menyumbat beberapa gol yang hebat.” - Stadium Astro
Astro Arena
Wed Nov 08 2023
Pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann meraikan gol ketiga mereka. - Gambar/ Reuters
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
UCL: Liverpool di persada Eropah benam Real Madrid
Keputusan itu menyaksikan The Reds memperoleh kemenangan pertama ke atas Madrid sejak sembilan percubaan lalu.
Penyokong United kena realistik
Amorim mengendalikan perlawanan terakhirnya sebagai ketua jurulatih Sporting di laman sendiri pada awal pagi Rabu.
UCL: Rekod sempurna Calhanoglu pastikan Inter Milan hukum Arsenal
Calhanoglu kemudian tenang menewaskan David Raya untuk menjaringkan gol sepakan penaltinya yang ke-19 sepanjang mewakili Inter.
Kane mahu bawa aura Bundesliga ke UCL
Dalam saingan di pentas Eropah itu, Bayern hanya menang sekali ke atas Dinamo Zagreb sebelum tewas kepada Aston Villa dan Barcelona.
UCL: Mac Allister, Mohamed Salah bantu Liverpool benam Bologna
Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah menjadi watak penting dalam membantu The Red meraih dua kemenangan berturut-turut.
UCL: Aston Villa cipta kejutan tewaskan Bayern Munich
Anak buah Vincent Kompany mendominasi perlawanan tetapi mensia-siakan beberapa peluang terbaik mereka.
UCL: Arsenal hilang khidmat Martin Odegaard
Martin Odegaard diketepikan sementara waktu susulan mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi buat Norway.
UCL: Semusim menyepi, Liverpool kembali dengan aksi garang di San Siro
Mengubah suasana perlawanan, Ibrahima Konate menyamakan kedudukan pada minit ke-23 untuk menyempurnakan sepakan sudut Trent Alexander-Arnold.
UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.