UCL: Choupo bantu Bayern singkir PSG

Astro Arena
Mac 9, 2023 02:01 MYT
Aksi Eric Maxim Choupo-Moting meraikan gol yang bagaimanapun kemudiannya dibatalkan ketika perlawanan kedua pusingan 16 UCL antara Bayern Munich dan PSG di Allianz Arena, Munich, Jerman, 8 Mac 2023. (Foto AP)
ERIC Maxim Choupo-Moting menghantui bekas pasukan Paris Saint-Germain ketika Bayern Munich mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 yang memastikan kemenangan agregat 3-0.
Skuad kendalian Julian Nagelsmann mara ke pusingan lapan terakhir di Eropah untuk musim keempat berturut-turut selepas Choupo-Moting dan Serge Gnabry menjaringkan gol pada separuh masa kedua dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.
Bayern sebelum ini terhutang budi kepada Matthijs de Ligt kerana berjaya mengagalkan Vitinha untuk mendapatkan jaringan pada separuh masa pertama di Allianz Arena.
Aksi cemerlang De Ligt, ditambah pula dengan penyudah hebat Choupo-Moting dan jaringan Gnabry, menyaksikan PSG gagal mara ke suku akhir Liga Juara-Juara untuk musim kedua berturut-turut.

Phonzy is all of us rn pic.twitter.com/yFA7C75GS9

— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) March 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PSG #Bayern Munich #UCL #Liga Juara-Juara