SUKAN
UCL: Estevao ledak gol gaya Messi belasah Barcelona
Estevao (dua, kanan) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua ketika perlawanan pembukaan UCL antara Chelsea dan Barcelona di London, England, 25 Nov 2025. (Foto AP)
CHELSEA 3 BARCELONA 0
Enzo Maresca percaya masih terlalu awal untuk membandingkan Estevao dengan Lionel Messi selepas sentuhan pemusnah pemain Brazil itu membantu Chelsea meraih kemenangan 3-0 ke atas Barcelona yang mengakhiri permainan dengan 10 pemain di Stamford Bridge.
Pertembungan menjelang Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi itu tertumpu kepada pertemuan dua pemain remaja berbakat, Estevao dan Lamine Yamal, yang bakal berentap.
Begitupun, pada suatu malam yang luar biasa buat The Blues untuk memastikan kemenangan bergaya ke atas seteru itu dalam kancah UCL, Estevao tampil dengan persembahan cemerlang dengan meledak gol kedua Chelsea menerusi gerakan menarik sebelum menamatkan permainan 10 minit sejurus separuh masa kedua bersambung.
Gol pemain berusia 18 tahun itu melengkapkan persembahannya yang kian matang, namun Maresca berkata adalah mustahak bagi pemain sayap muda tersebut agar kekal tenang apabila ditanya sama ada penyudahnya mempunyai unsur Messi.
"Tidak, gol daripada Estevao mengingatkan saya tentang gol yang dijaringkannya ke atas kami dalam Piala Dunia Kelab. Ia begitu serupa, aksinya sama,” kata pengurus terbabit dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
"Estevao perlu bertenang. Dia perlu menikmati permainannya, dia perlu menjalani sesi latihan dan dia perlu bermain bola sepak.
"Dia serta Lamine masih sangat muda, baru berusia 18 tahun.
"Sebelum anda mula bercakap tentang Messi, Ronaldo, saya fikir ia tekanannya terlalu tinggi buat pemain muda seperti mereka,.
"Mereka perlu menikmati permainan, datang ke padang latihan, gembira menjalani sesi latihan, tetapi apabila anda mula membandingkan mereka dengan Messi mahupun Ronaldo, saya fikir ia terlalu besar untuk mereka.”