SUKAN
UCL: Guardiola gigit jari tengok aksi barisan kedua
Grimaldo meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan pembukaan UCL antara Manchester City dan Bayer Leverkusen di Manchester, England, 25 Nov 2025. (Foto AP)
MAN CITY 0 LEVERKUSEN 2
Pep Guardiola mengakui dia telah membuat terlalu banyak rombakan ketika Manchester City mengalami kekalahan 0-2 Liga Juara-Juara (UCL) kepada Bayer Leverkusen di tempat sendiri, awal pagi tadi.
Guardiola melakukan kejutan dengan menukar 10 pemain daripada kekalahan 1-2 di Newcastle hujung minggu lalu apabila meletakkan Erling Haaland, Phil Foden dan Gianluigi Donnarumma di bangku simpanan yang dipenuhi bintang.
Barisan kedua itu sebaliknya gagal memenuhi jangkaan pengurus tersebut apabila dihukum serangan balas pantas Leverkusen yang disudahkan Alejandro Grimaldo pada minit ke-23 dan walaupun selepas Foden, Rayan Cherki dan Nico O'Reilly pada dimasukkan selepas rehat, Patrik Schick bahkan menambah gol kedua -- lapan minit selepas babak kedua bersambung.
“Terlalu banyak rombakan," katanya.
"Saya sentiasa percaya pada musim yang panjang dan setiap dua hari bahawa setiap pemain harus terlibat tetapi mungkin terlalu banyak perubahan dilakukan. Berdasarkan keputusan perlawanan ini, Man City beraksi untuk mengelak kesilapan dan bukannya bermain untuk melakukan apa yang perlu.
"Apabila anda berfikir untuk mengelak daripada dihukum pasukan, anda menjadi tidak tenang, baik dengan atau tanpa bola. Kami hampir tetapi tidak cukup agresif dan Leverkusen adalah pasukan yang sangat bagus.
"Saya benar-benar bertanggungjawab tetapi saya memantau mereka dan saya suka semua pemain turut terlibat.
"Apabila anda seorang pemain bola sepak dan tidak diturunkan hingga lima, enam, tujuh perlawanan, ia menjadi sukar tetapi mungkin terlalu banyak perubahan dilakukan."