[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

UCL: Jude Bellingham dilahirkan untuk Real Madrid - Nacho

Astro Arena 21/09/2023 | 04:18 MYT
Jude Bellingham, umpama dilahirkan untuk Real Madrid selepas menjadi wira dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, Liga Juara-Juara (UCL) di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
REAL MADRID 1 UNION BERLIN 0
NACHO percaya rakan sepasukan barunya, Jude Bellingham, umpama dilahirkan untuk Real Madrid selepas menjadi wira dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, Liga Juara-Juara (UCL) di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Pemain tengah itu menyumbangkan gol keenam dalam enam perlawanan untuk memberikan gergasi LaLiga itu memulakan kempen dengan rentak kemenangan 1-0 ke atas Union Berlin pada minit ke-94.
“Jude dilahirkan bermain untuk Real Madrid,” kata ketua pasukan Los Blancos itu kepada Movistar.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami bertuah kerana mempunyainya bersama kami. Harap-harap dia terus menjaringkan gol."
Sementara itu, bintang tersebut berkata: "Kami bersabar. Kami tahu kami akan mendapat peluang di penghujung permainan. Kami cuma perlu menggerakkan bola, mencari ruang.
"Kami terus mengatur permainan, kami menunjukkan mentaliti yang hebat, kebersamaan yang hebat.
“Saya mahu menjadi seorang artis di atas padang, saya mahu cuba mencipta sesuatu untuk rakan sepasukan saya tetapi sebaik bola memasuki ruang kotak penalti, saya mahu menjadi pembunuh.
"Itulah faktor yang akan membantu kami memenangi perlawanan. Semoga ia berterusan." - Stadium Astro
#Real Madrid #Jude Bellingham #Los Blancos #UCL