UCL: Kylian Mbappe bantu PSG dahului Real Sociedad

Astro Arena
Februari 15, 2024 02:55 MYT
Aksi Mbappe (kiri) dan Bradley Barcola selepas berjaya menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan pertama pusingan 16 UCL antara PSG dan Real Sociedad, di Stadium Parc des Princes, Paris, Perancis, 14 Feb 2024. (Foto AP)
PSG 2 REAL SOCIEDAD 0
Kylian Mbappe membuka jaringan buat Paris Saint-Germain (PSG) ketika menewaskan Real Sociedad 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Parc Des Princes awal pagi tadi.
Penguasaan penuh pasukan tuan rumah itu disempurnakan dengan dua jaringan dalam babak kedua.
Mbappe meletakkan pasukan juara Ligue 1 itu di depan dengan menyudahkan umpanan Marquinhos susulan sepakan penjuru Osmane Dembele pada minit ke-58.
Bradley Barcola kemudian memberikan The Parisians kelebihan lebih selesa apabila menyudahkan gerakan yang dimulakan Fabian Ruiz pada minit ke-70.
Kedua-dua pasukan itu akan kembali bertemu dalam aksi timbal balik di laman Sociedad awal bulan depan.
#PSG #Real Sociedad #UCL #Liga Juara-Juara Eropah