SUKAN
UCL: Liverpool selangkah ke pusingan 16
Cody Gakpo (kanan) meraikan bersama Mohamed Salah (tengah) dan Ryan Gravenberch selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan UCL antara Marseille dan Liverpool di Marseille, Perancis, 21 Jan 2026. (Foto AP)
LIVERPOOL semakin selesa dalam saingan Liga Juara-Juara apabila merekodkan satu lagi kemenangan 3-0 ke atas Olympique de Marseille awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Arne Slot mengumpul 15 mata untuk kekal kukuh dalam kelompok lapan terbaik dan hanya selangkah lagi mengesahkan kemaraan automatik ke pusingan 16 terakhir.
Gol Liverpool hadir menerusi sepakan percuma Dominik Szoboszlai pada penghujung babak pertama, sebelum gol kedua terhasil daripada jaringan sendiri penjaga gol Marseille, Geronimo Rulli, pada minit ke-73. Cody Gakpo melengkapkan kemenangan The Reds dengan gol ketiga dalam masa kecederaan.
Marseille yang kini menghuni tangga ke-19 fasa liga mengumpul sembilan mata dan masih berpeluang ke slot play-off, namun wajib mencatat keputusan positif ketika bertandang ke Club Brugge dalam aksi terakhir.
Liverpool dijadual menerima kunjungan Qarabag dalam aksi terakhir, dengan satu lagi kemenangan sudah mencukupi untuk mengesahkan tempat dalam pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.