awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Manchester City hadapi ujian padang sintetik

Astro Arena
Astro Arena
25/10/2023
02:30 MYT
UCL: Manchester City hadapi ujian padang sintetik
Lazimnya City tidak turun berlatih dan menguji gelanggang lawan sepanjang kempen di peringkat Eropah. - Foto X/ManCity
PEP Guardiola akur Manchester City perlu menyesuaikan diri dengan rumput tiruan apabila mereka bertandang ke Switzerland minggu ini sambil meluahkan bahawa beraksi di atas permukaan rumput sebenar adalah lebih baik.
Mereka akan menghadapi kempen Liga Juara-Juara (UCL) menentang Young Boys di padang sintetik Stadium Wankdorf.
Guardiola menegaskan enggan merungut sambil menjelaskan dia telah mengubah sesi latihan barisannya demi memastikan mereka bersedia.
Lazimnya City tidak turun berlatih dan menguji gelanggang lawan sepanjang kempen di peringkat Eropah, sebaliknya mereka lebih suka mempersiapkan diri di Manchester sebelum melakukan perjalanan.
Bagaimanapun, kali ini City terbang ke Bern lebih awal dan menghabiskan sesi latihan di padang itu pada waktu petang.
Namun, pengurus City itu tidak dapat menyembunyikan perasaannya bahawa dia lebih menggemari permukaan semula jadi.
Bercakap dalam sidang akhbar, pengurus Sepanyol itu berkata: “Begitulah seadanya jika UEFA sudah membenarkan permainan dimainkan di sini kerana ia berada dalam keadaan baik.
“Kami ada sebab untuk tidak pernah berlatih di tempat lawan tetapi kali ini adalah pengecualian. Inilah sebabnya kami bertolak pada waktu pagi untuk membolehkan pemain menyesuaikan diri dan memahami lantunan bola termasuk cara bergerak ke kiri, kanan, ke belakang, ke hadapan.
"Kami akan mencubanya dan pemain akan mengetahuinya dengan segera." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Pep Guardiola
#Manchester City
#UCL
#rumput sebenar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan