[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
SPORTS

UCL: Rekod sempurna Calhanoglu pastikan Inter Milan hukum Arsenal

Astro Arena 06/11/2024 | 23:50 MYT
Aksi Calhanoglu selepas menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan UCL antara Inter Milan dan Arsenal di Stadium San Siro, Milan, Itali, 6 Nov 2024. (Foto AP)
INTER MILAN 1 ARSENAL 0

Hakan Calhanoglu mengekalkan rekod sempurnanya mengambil sepakan penalti ketika Inter Milan menewaskan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadio Giuseppe Meazza awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan itu tidak dibolosi sepanjang tiga perlawanan pertama UCL musim ini tetapi kekentalan benteng Arsenal akhirnya roboh juga apabila Mikel Merino dihukum gara-gara menyentuh bola menggunakan tangan dalam kawasan penalti sebelum separuh masa.

Calhanoglu kemudian tenang menewaskan David Raya untuk menjaringkan gol sepakan penaltinya yang ke-19 sepanjang mewakili Inter.

Kemenangan itu menyaksikan Inter kini mengumpulkan 10 mata daripada empat perlawanan untuk menduduki tangga kelima UCL.

Arsenal, dalam pada itu, berada di tangga ke-12 dengan tujuh mata.


#UCL #inter milan #Arsenal