SUKAN
UCL: Sepakan penalti berganda Mbappe selamatkan maruah Real Madrid, Alexander-Arnold cedera kepala
Mbappe sempurnakan dua sepakan penalti sekali gus merakamkan 50 gol dalam 64 penampilan bersama Real Madrid.
REAL MADRID 2 MARSEILLE 1
KYLIAN Mbappe gembira untuk mengikut arahan pengurus Real Madrid, Xabi Alonso - dengan bekerja keras ketika tanpa bola - demi membantu pasukan memenangi trofi selepas meledak dua gol dalam kemenangan 2-1 Real Madrid ke atas Marseille, awal pagi tadi.
Pemain sayap Amerika Syarikat, Timothy Weah, meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-22 dalam pertemuan dalam Liga Juara-Juara (UCL) di Santiago Bernabeu itu sebelum Mbappe menyempurnakan sepakan penalti, tujuh minit kemudian untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Pemain gantian, Dani Carvajal - melibatkan pertukarran Trent Alexander-Arnold yang tercedera di kepalanya selepas hanya lima minit permainan - dilayangkan kad merah kerana menanduk penjaga gol, Geronimo Rulli, dalam separuh masa kedua, sebelum Mbappe menghadiahkan satu lagi sepakan penalti, sekali gus merakamkan 50 gol dalam 64 penampilan bersama Madrid.
"Saya rasa sangat bagus. Saya tidak fikir untuk menjadi salah seorang ketua pasukan, saya fikir tentang diri saya sendiri, saya fikir tentang pasukan," katanya kepada Movistar.
"Xabi mahu kami memenangi bola dengan lebih cepat. Kami perlu memahami apa yang kami akan laksanakan dan kemudian kami berazam untuk menjayakannya kerana kami mahu menang.
"Saya melakukan apa yang pengurus tuntut. Dia mahukan pertahanan di kedudukan lebih atas, untuk memenangi bola tinggi dan kemudian kami mampu mencipta peluang.
"Kami akan membiasakannya dan ia akan membantu pasukan memenangi trofi.
"Saya mahu membantu pasukan, sama ada menjaringkan gol, mengasak atau mencipta gerakan gol." - Stadium Astro