[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
SPORTS

UCL: Thibaut Courtois jelaskan kekurangan punca Real Madrid tersingkir

Astro Arena 17/04/2025 | 04:45 MYT
Pemain Arsenal, Gabriel Martinelli meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua dalam aksi menentang Real Madrid pagi tadi. - Reuters
PENJAGA gol Real Madrid, Thibaut Courtois, berpendapat ketiadaan pemain seperti Joselu merugikan mereka ketika tumbang 1-2 kepada Arsenal dalam Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Madrid tidak mampu menjelmakan magis kebangkitan untuk memadam defisit 0-3 pertemuan pertama di Stadium Emirates, minggu lalu untuk terkandas di peringkat suku akhir buat kali pertama sejak 2004; ketika menentang Monaco.
Dalam perlawanan timbal balik awal pagi tadi itu, Madrid mencipta 43 hantaran lintang ke dalam kotak penalti pelawat berbanding sembilan oleh Arsenal, namun hanya berjaya melakukan tiga percubaan tepat sahaja.
Musim lalu, Madrid menggunakan Joselu sebagai pemain yang membawa kesan yang hebat apabila dua penyudah lewatnya menyingkirkan Bayern Munich di peringkat separuh akhir.
Joselu kemudian berpindah ke Qatar selepas Madrid mengesahkan mahkota Eropah ke-15 mereka, namun kelibatnya dia pastinya sempurna untuk perlawanan suku akhir kedua seperti ini, menurut penjaga gol itu.
“Mereka bertahan dengan baik, mereka mengasak tinggi, amat sukar untuk mencari jurang,” kata Courtois kepada Movistar.
"Kami melancarkan banyak hantaran lintang tetapi kami tidak mempunyai Joselu untuk memenangi perebutan di udara." -- Stadium Astro
#Arsenal #Real Madrid #Liga Juara-Juara #Thibaut Courtois