SUKAN
UCL: Trio serangan PSG 'bedil' kelab Israel
Mbappe (kiri), Messi dan Neymar (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan selepas Neymar menjaringkan gol ketiga pada perlawanan UCL antara Maccabi Haifa dan PSG di Stadium Sammy Ofer, Haifa, Israel, 14 Sept 2022. (Foto AP)
MACCABI HAIFA 1 PSG 3
Rangkaian tiga penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar, kesemuanya menjaringkan gol ketika kelab Perancis itu membenam wakil Israel, Maccabi Haifa, dalam aksi Kumpulan H, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di gelanggang lawan awal pagi tadi.
Tjaronn Chery terlebih dahulu mencipta kejutan apabila menjaringkan gol pendahuluan Maccabi Haifa pada minit ke-24 tetapi kelebihan itu hanya bertahan selama 13 minit sebelum Messi kembali menyamakan kedudukan -- menjaringkan gol dalam saingan UCL buat musim ke-18 berturut-turut.
PSG kemudian menamatkan perjuangan pasukan pelawat itu apabila Mbappe dan Neymar, masing-masing menemui sasaran pada minit ke-69 dan 88.
Dengan kemenangan itu, PSG kini mendahului carta Kumpulan H dengan enam mata maksimum selepas dua perlawanan dan berkelebihan jaringan ke atas pasukan di tangga kedua, Benfica, yang turut mengumpulkan enam mata selepas menewaskan Juventus 2-1 dalam satu lagi perlawanan.