UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan

Astro Arena
Disember 1, 2023 02:00 MYT
Anggota polis cuba memadamkan api yang dibaling oleh peminat bola sepak di perkarangan stadium. - Foto AP
PIHAK polis dilaporkan cedera dalam satu insiden keganasan melibatkan penyokong Legia Warsaw menjelang perlawnan Liga Persidangan Eropah (UECL) menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi tadi.
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park sebelum mereka sepatutnya memasuki stadium berkenaan.
Tiga orang polis dilaporkan cedera tetapi perlawanan itu tetap dijalankan pada waktu yang ditetapkan walaupun tiada seorang pun penyokong Legia dibenarkan masuk ke dalam stadium sebelum sepak mula.
Pihak Polis Birmingham mengeluarkan satu kenyataan dalam X: "Kami pada masa ini tidak dapat membenarkan penyokong pelawat memasuki Villa Park berikutan kekacauan di luar stadium yang menyaksikan pelbagai objek dilemparkan ke arah pegawai polis.

#FOOTBALL | We've made more than 30 arrests as officers were injured during serious disorder involving away fans outside Villa Park this evening (30 November). We were faced with disgusting and highly dangerous scenes as trouble flared. Read here https://t.co/SH1hdZaBmU pic.twitter.com/whGChqrUct

— West Midlands Police (@WMPolice) November 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tiga orang pegawai telah pun tercedera dan satu operasi penting sedang dijalankan. Sila elakkan laluan Witton Lane jika boleh.” - Stadium Astro
#UECL #Legla Warsaw #Aston Villa #keganasan