awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UECL: West Ham United juara Liga Konferensi

Sinar Harian
Sinar Harian
08/06/2023
03:51 MYT
UECL: West Ham United juara Liga Konferensi
West Ham United menamatkan penantian untuk menjulang kejuaraan kelab Eropah apabila menewaskan Fiorentina 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Konferensi. - Foto AP
WEST Ham United menamatkan penantian panjang untuk menjulang kejuaraan kelab Eropah apabila menewaskan Fiorentina 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Konferensi Eropah UEFA (UECL) di Eden Arena, awal pagi Khamis.
Jaringan minit ke-90, Jarrod Bowen memastikan The Hammers dari London kendalian David Moyes merangkul trofi Eropah pertama dalam tempoh lebih setengah abad.
Perlawanan di Prague seolah-olah seperti menuju ke masa tambahan sebelum percubaan Bowen yang menyudahkan sentuhan Lucas Paqueta menewaskan penjaga gol Fiorentina, Pietro Terracciano.
The Hammers terlebih dulu memimpin perlawanan hasil jaringan pada minit ke-62 apabila Said Benrahma menyempurnakan sepakan penalti selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).
Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Giacomo Bonaventura kembali menyamakan kedudukan buat kelab Serie A kendalian Vincenzo Italiano tersebut selepas menewaskan penjaga gol West Ham, Alphonse Areola.
Sementara itu, Bowen menyifatkan jaringannya pada minit terakhir sesuatu yang sangat bermakna.
"Setiap perlawanan saya bermimpi untuk menjaringkan gol tetapi untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir sesuatu yang fantastik. Untuk melakukannya di hadapan para penyokong West Ham, saya hanya menangis dalam kegembiraan.
"Kami mempunyai impian, namun tidak mempunyai musim terbaik, termasuk saya sendiri, tetapi untuk memberikan para penyokong West Ham detik ini, saya sangat gembira.
"Tidak pernah rasa detik sebegini dalam hidup saya. Ini adalah perlawanan terbesar dalam kerjaya saya. Ya, cukup beremosi, sangat gembira umpama berada di atas bulan," kata Bowen. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#West Ham
#Liga Konferensi
#Fiorentina
#The Hammers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan