KESATUAN Bolasepak Eropah (UEFA) memberikan lampu hijau buat sebahagian penonton untuk menyaksikan perlawanan di stadium bermula dengan perlawanan peringkat antarabangsa minggu depan.
Badan induk Eropah itu mengumumkan awal pagi tadi bahawa penonton akan dibenarkan untuk hadir ke stadium dalam perlawanan kelolaan UEFA tetapi ia hanya terhad kepada 30 peratus kapasiti stadium yang terlibat.
Tiada penyokong pasukan lawan akan dibenarkan hadir sehingga pengumuman berikutnya dan pintu pagar stadium hanya akan dibuka jika memperoleh kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.
Kehadiran penyokong itu akan bermula dengan perlawanan peringkat antarabangsa sebelum disusuli dengan perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.
Jawatankuasa Eksekutif UEFA mengambil keputusan itu selepas kejayaan dalam ujian yang dilakukan sewaktu perlawanan akhir Piala Super UEFA di antara Bayern Munich dan Sevilla di Budapest pada 24 September lalu.
Penjarakan sosial akan menjadi kewajiban buat kesemua penyokong yang hadir dan langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup separuh muka akan dikuatkuasakan berdasarkan ketetapan pihak berkuasa tempatan berikutan pandemik COVID-19.
Astro Arena
Fri Oct 02 2020

Kehadiran penyokong akan bermula dengan perlawanan peringkat antarabangsa sebelum disusuli dengan perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa. - Gambar fail

Pelantikan Biden diharap redakan perang teknologi, dagangan antara China-AS - Saifuddin
Beliau berkata ini kerana sekiranya perang antara dua kuasa besar itu berterusan, ia akan menyebabkan negara-negara ASEAN tersepit.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [22 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [22 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/24756153431611275749534/1886722_34973804111611275993104_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [22 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Geegee Ahmad.

Turki lancar usaha jernihkan hubungan keruh dengan EU
Turki melobi untuk menjadi anggota EU sejak 15 tahun lalu, namun permohonan itu belum diluluskan secara rasmi.

COVID-19: Amerika tidak cukup vaksin
Datuk Bandar New York, Bill De Blasio berkata, 15 pusat vaksinasi di bandar ditutup kerana ketiadaan dos yang mencukupi.

Berbasikal | Sapura Cyling masih pendekatan tunggu dan lihat
Pasukan Sapura Cyling masih tunggu dan lihat situasi terkini berkaitan pandemik sebelum buat keputusan menyertai kejohanan antarabangsa. Ini demi menjaga keselamatan atlet mereka.

EPL: Liverpool lebur rekod tanpa kalah di laman sendiri
Babak pertama menyaksikan tiada jaringan dihasilkan. Gol Burnley hanya hadir ketika tujuh minit sebelum wisel penamat.

Skuasy | S.Sivasangari teruja sambung latihan
Pemain skuasy wanita negara S.Sivasangari tidak boleh berselindung di sebalik keterujaan kembali ke pangkalan latihannya di Amerika Syarikat. Ini waktu sesuai untuk dia lapor diri di Universiti Cornell di New York memandangkan negara itu sebelum ini dilanda rusuhan dan polemik politik.

AWANI Ringkas: Biden mula langkah tangani COVID-19 | PM UK: Belum masa longgarkan sekatan

COVID-19 | Tahap keresahan, tekanan rakyat Malaysia paling tinggi
Menurut tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, keresahan tersebut tercetus ekoran perubahan rutin selain tekanan keluarga.

COVID-19: Perancis dakwa pelitup muka fabrik kurang berkesan
Menteri Kesihatan Olivier Veran mendakwa, penggunaan pelitup muka jenis fabrik kurang berkesan menangani kesan penularan virus.

UEFA benarkan kehadiran penonton 30 peratus daripada kapasiti asal
Tiada penyokong pasukan lawan akan dibenarkan hadir sehingga pengumuman berikutnya.

COVID-19: Dua perlawanan Liga Europa berlangsung secara tertutup
Kedua-dua pertemuan pada awal pagi Jumaat ini merupakan perlawanan terbaru yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

UEFA umum venue final tiga edisi Liga Juara-Juara
UEFA mengumumkan laman Saint Petersburg, Gazprom Arena, Allianz Arena di Munich dan Wembley di London sebagai venue untuk final Liga Juara-Juara Eropah untuk tahun 2021 sehingga 2023.

Man U didakwa insiden baling botol
Insiden berkenaan berlaku ketika aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford pada Rabu.