[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia

Astro Arena 20/11/2024 | 02:15 MYT
UEFA dan FIFA telah melanjutkan larangan Rusia daripada menyertai mana-mana pertandingan bola sepak di seluruh dunia.
KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah melanjutkan larangan Rusia daripada menyertai mana-mana pertandingan bola sepak di seluruh dunia.
Ini bermaksud, secara automatik Rusia tidak akan menyertai kejohanan paling berprestij dunia, Piala Dunia 2026.
Kesatuan Bolasepak Rusia (RFU) telah mengharamkan kedua-dua pertandingan FIFA dan UEFA sejak konflik yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine pada Februari 2022.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Secara keseluruhannya, ini bermakna pasukan lelaki mahupun wanita tidak boleh bermain dalam setiap penganjuran utama Eropah dan perkara itu turut dikenakan kepada setiap kelab Rusia.
Sekatan yang sama telah digunakan dalam sukan lain, dengan sesetengah sukan membenarkan pesaing individu bertanding di bawah bendera neutral seperti di bawah sepanduk Atlet Neutral Individu (AIN) atau Majlis Olimpik Rusia (ROC) ketika mahu menyertai Sukan Olimpik. - Stadium Astro
#UEFA #FIFA #Rusia diharamkan #bola sepak dunia