SUKAN

UEL: Kemenangan selesa Forest beri kelebihan menjelang aksi play-off

Astro Arena 30/01/2026 | 00:20 MYT
Pemain Nottingham Forest Morgan Gibbs-White (kiri) berebut bola dengan pemain lawan Naby Keita ketika perlawanan pembukaan UEL antara Nottingham Forest dan Ferencvaros di Nottingham, England, 29 Jan 2026. (Foto AP)
NOTTINGHAM Forest akan bertemu Panathinaikos atau Fenerbahce dalam aksi play-off Liga Europa selepas menamatkan fasa liga dengan kemenangan 4-0 ke atas Ferencvaros.

Dua gol Igor Jesus selepas jaringan sendiri Bence Otvos serta penalti James McAtee menjadikan perlawanan yang cukup selesa buat Forest di City Ground.

Kekalahan di Braga minggu lalu menyaksikan skuad kendalian Sean Dyche terlepas peluang kelayakan secara automatik namun kemenangan yang diraih sebentar tadi memastikan mereka memperoleh kelebihan di tempat sendiri bagi aksi kedua play-off yang berlangsung bulan hadapan.



#UEL #Nottingham Forest #Ferencvaros #Liga Europa UEFA