awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
Baki 16 tuntutan MA63 pada peringkat rundingan - Mustapha
[KOLUMNIS] Sistem kesihatan Sudan di ambang runtuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 263: Adesanya kekal 'raja' middleweight, Moreno cipta sejarah

Haider Yutim
Haider Yutim
13/06/2021
07:07 MYT
UFC 263: Adesanya kekal 'raja' middleweight, Moreno cipta sejarah
Adesanya berjaya mengekalkan kejuaraan middleweight yang disandangnya selepas menewaskan Marvin Vettori dalam acara utama UFC 263 pada Ahad. - Foto Instagram/@UFC
JUARA middleweight UFC Israel Adesanya berjaya mengekalkan kejuaraan middleweight yang disandangnya selepas menewaskan Marvin Vettori dalam acara utama UFC 263 pada Ahad.
Pertarungan yang berlangsung di Glendale, Arizona, Amerika Syarikat itu menyaksikan Adesanya mengalahkan lawannya dari Itali menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision).
Ketiga-tiga juri memberikan mata 50-45 untuk pertarungan lima pusingan itu, yang jelas memihak kepada Adesanya, sekali gus mengisytiharkannya sebagai pemenang dan juara bertahan kelas middleweight UFC.
Dengan kemenangan tersebut, Adesanya, 31, kini telah berjaya mempertahankan kejuaraannya sebanyak tiga kali serta bangkit dari kekalahannya sebelum ini ketika menentang Jan Blachowicz pada Mac lalu.
BACA: UFC 259: Blachowicz pertahan kejuaraan, Adesanya gagal percubaan jadi 'champ champ'
Ini merupakan kali kedua petarung kelahiran Nigeria itu bertemu Vettori, di mana kali terakhir pertembungan mereka ialah pada April 2018 yang berakhir dengan kemenangan oleh Adesanya.
Keputusan terbaharu ini turut melebarkan rekod profesional MMA yang dipegangnya kepada 22 - 1 (22 kemenangan, satu kekalahan).
Dalam temu bual selepas perlawanan, Adesanya turut melontarkan cabaran terhadap seteru lamanya, Robert Whittaker untuk bertarung di ‘kampung halamannya’ Auckland, New Zealand.
Sementara itu dalam acara kedua utama pula, Brandon Moreno mencipta sejarah apabila menjadi petarung kelahiran Mexico yang pertama dinobatkan sebagai juara dunia UFC.
Moreno, 27, menumpaskan penyandang kejuaraan flyweight UFC Deiveson Figueiredo dari Brazil menerusi submission (kuncian) rear-naked-choke pada minit 2:26 pusingan ketiga.
Ini juga merupakan pertemuan kedua Moreno dengan Figueiredo selepas pertarungan mereka pada Disember tahun lalu berakhir dengan keputusan seri.
Dengan kemenangan ini, Moreno kini mempunyai rekod profesional MMA sebanyak 19 kemenangan dan lima kekalahan (19 - 5).
Topic Berkaitan
#UFC
#Izzy
#Israel Adesanya
#Marvin Vettori
#kejuaraan
#middleweight
#Brandon Moreno
#MMA
#Mixed Martial Arts
#Deiveson Figueiredo
#flyweight
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan