UFC: Tiada tulang patah, 'Cowboy' sedia untuk terus bertarung

Hilmi Ismail
Jun 13, 2019 04:18 MYT
Cerrone tewas kepada Ferguson pada acara UFC 238 yang berlangsung pada Ahad di Chicago, Amerika Syarikat. - Foto Instagram/@cowboycerrone
DONALD Cerrone nampaknya tidak mengalami sebarang kecederaan parah selepas pertarungan seni bela diri campurannya (MMA) menentang Tony Ferguson.
'Cowboy' yang berusia 36 tahun, pada Selasa memuat naik status mengenai kesihatannya di laman Instagram miliknya.
"Saya berada dalam kesihatan yang baik. Terima kasih atas semua mesej dan perhatian. Hanya ada udara dimata saya. Tidak ada tulang patah atau pun tulang yang retak atau pecah. Saya sedang duduk dan tunggu pertarungan semula (rematch) atau pertarungan lain yang seterusnya", kata Cerrone melalui laman Instagram.
Cerrone tewas kepada Ferguson pada acara UFC 238 yang berlangsung pada Ahad di Chicago, Amerika Syarikat.
Dia tewas melalui cara TKO selepas tamat pusingan kedua. Mata kanan Cerrone pada ketika itu kelihatan bengkak teruk sekali gus mengganggu penglihatannya.
Keadaan itu memaksa pegawai kesihatan memberhentikan pertarungan dan memberi kemenangan kepada Tony Ferguson.
Walaupun tewas, Cerrone berjaya membawa pulang AS$50,000 (RM208,108) kerana pertarungannya dipilih sebagai 'Fight of the Night'.
#Cowboy #Donald Cerrone #Mixed Martial Arts #MMA #seni bela diri campuran #Tony Ferguson #UFC #UFC 238