KUALA LUMPUR: Bekas kem komandan dalam persediaan atlet negara ke temasya sukan utama, Macklin Amzah, meninggal dunia awal pagi tadi.
Menurut kenyataan Majlis Sukan Negara (MSN), bekas pegawai MSN dari 1991-2014 yang cukup rapat dengan atlet sepanjang perkhidmatannya itu, menghembuskan nafas terakhir pada 1.06 pagi di Hospital Serdang, Selangor.
"Arwah dan keluarganya dijangkiti COVID-19 sebelum Aidilfitri tetapi arwah mengalami komplikasi yang lain manakala keluarganya telah selesai melalui proses kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang baru-baru ini," katanya.
Menurut MSN, Allahyarham Macklin, 74, akan dikebumikan selepas 1 tengah hari ini di Tanah Perkuburan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
Bekas pemain hoki kebangsaan, Iman Gobinathan Abdullah dalam satu hantaran di laman Facebook menyifatkan Allahyarham Macklin sebagai seorang individu yang sangat mesra dengan atlet dan sentiasa berasa senang dan gembira ketika bergaul dengan arwah suatu ketika dahulu.
"Baris sedia, jangan bergerak. Kalau gerak, aku gigit telinga awak - this is the quote that I always looking forward during MSN national camp since 1997 to 2004 as athlete from Mr Macklin aka Mack," katanya di laman Facebook.
Sementara itu, MSN turut mengucapkan takziah kepada keluarga Macklin atas pemergiannya.
"Seluruh warga sukan MSN mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman," menurut catatan yang juga dimuat naik di laman Facebook MSN.
Allahyarham Macklin pernah berkhidmat sebagai jurulatih jasmani tentera darat dan pegawai waran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum bertugas di MSN sebagai tenaga pengajar kecergasan dan kem komandan yang menyaksikannya banyak terlibat mengendalikan program waja diri dan bina negara kepada atlet kebangsaan sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021
Menurut MSN, Allahyarham Macklin, 74, akan dikebumikan selepas 1 tengah hari ini di Tanah Perkuburan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. - Sumber foto MSN
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
'Uncle Mack' meninggal dunia
Bekas kem komandan dalam persediaan atlet negara ke temasya sukan utama, Macklin Amzah, meninggal dunia awal pagi tadi.