KUALA LUMPUR: Undian rasmi kejohanan bola sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 akan diadakan pada 30 Ogos di Bangkok, Thailand.
AFF dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kejohanan yang memasuki edisi ke-14 tahun ini, akan kembali berlangsung mengikut format penuh secara timbal balik dengan 10 pasukan yang layak akan bersaing merebut gelaran berprestij ASEAN itu.
"Undian rasmi akan menyaksikan pasukan dibahagi kepada dua kumpulan dengan masing-masing lima pasukan, setiap pasukan akan bermain dua perlawanan secara timbal balik di peringkat kumpulan.
"Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati juga dijalankan secara timbal balik untuk perlawanan separuh akhir dan akhir," menurut AFF.
Menurut kenyataan itu, sembilan negara yang mengambil bahagian adalah Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam manakala pasukan ke-10 akan ditentukan melalui perlawanan play-off antara Brunei dan Timor Leste.
Wakil daripada Majlis AFF, ahli-ahli persatuan, penaja dan sebahagian daripada pasukan bertanding dijangka hadir pada majlis undian rasmi yang dijadual pada 2 petang waktu tempatan.
Sementara itu, Presiden AFF Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam kenyataan sama berkata pengumuman mengenai undian rasmi menandakan bermulanya langkah penting dalam persiapan menghadapi Piala AFF 2022.
"Kami yakin peminat dan pasukan-pasukan kebangsaan berkongsi keterujaan ini, dan undian ini bermakna bermulalah persediaan ke arah pertunjukan bola sepak terbesar di rantau ini yang akan berlangsung pada hujung tahun," katanya.
Peminat bola sepak boleh mengikuti strim langsung sesi undian berkenaan di laman rasmi Piala AFF 2022 dan platform media sosial, serta pelbagai saluran serta platform rakan media rasmi kejohanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Undian rasmi kejohanan bola sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 akan diadakan pada 30 Ogos di Bangkok, Thailand.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.