Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan semalam bahawa dua pemain muda, Shola Shoretire dan Hannibal Mejbri, telah dibawa masuk ke dalam skuad senior Manchester United.
Dua penyerang muda itu bermain untuk skuad B-23 United musim ini dan menyerlah dengan baik di bawah kendalian Neil Wood.
Masing-masing baru sahaja mencecah usia 17 dan 18 tahun, Shoretire dam Mejbri kelihatan sudah berada di tahap berbeza berbanding pasukan kedua United itu, dengan kedua-duanya memiliki masa depan yang cerah.
Shoretire kelihatan telah berlatih bersama skuad utama United minggu lalu dan Mejbri dijangka akan menyertainya. dengan Solskjaer mengesahkan ia adalah perancangannya untuk untuk menggabungkan kedua-duanya ke dalam pasukan senior.
"Ya, kami menawarkan tempat buat Shola, Hannibal akan menyertai kami dan kami akan terus bersama mereka buat masa ini," katanya.
"Sememangnya, ia adalah satu keputusan yang perlu kami lakukan -- adakah mereka akan berlatih bersama kami dan melakukan perjalanan sendiri dan tidak menjadi sebahagian daripada kumpulan Bawah 23 Tahun?
"Kami berasakan sudah tiba masa Shola berlatih bersama kami. Bagi perlawanan B-23, dia perlu berkunjung sendiri, dia tidak boleh berada dalam bilik persalinan, tetapi kami berasakan ia adalah yang terbaik baginya."
Astro Arena
Sat Feb 13 2021

Dua penyerang muda itu bermain untuk skuad B-23 United musim ini dan menyerlah dengan baik di bawah kendalian Neil Wood. - Foto via Astro Arena

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Tembakan | Polis siasat punca tembakan di sekolah
Pihak polis Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat menerima laporan berhubung kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah melibatkan beberapa mangsa. Beberapa das tembakan dilepaskan termasuk terhadap seorang anggota polis, bagaimanapun menurut laporan awal, siasatan masih dijalankan.

COVID-19 | Keliru & tidak konsisten amalkan SOP punca penularan meningkat
Kekeliruan, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan menyebabkan peningkatan kes COVID-19. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran jika perkara itu berterusan ini bermaksud pandemik itu masih jauh untuk tamat.

COVID-19 | India luluskan pengguna vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes. Perkara itu disahkan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), pada Isnin.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.94 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.94 juta kes.

COVID-19 | Sepanyol masih catat kenaikan kes
Jumlah kes positif COVID-19 harian di sepanyol menunjukkan peningkatan yang perlahan berbanding peningkatan kes sebelum ini. Pengarah Koordinator Pusat Kesihatan Awam dan Kecemasan, Fernando Simon memaklumkan, negara itu mencatatkan kadar peningkatan 199 kes bagi setiap 100 ribu orang dalam tempoh 14 hari lalu.

COVID-19 | Jepun mulakan program vaksin warga tua
Jepun memulakan vaksinasi COVID-19 untuk populasi warga tua yang besar pada Isnin. Negara itu menghadapi kekurangan dos vaksin yang diimport serta kemungkinan sukar untuk menghentikan gelombang keempat pandemik.

Pandemik COVID-19 | PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya. Ini ditujukan kepada mereka yang berjaya menghasilkan wang yang banyak semasa pandemik COVID-19 dalam usaha untuk mengurangkan jurang ketidaksamarataan.

COVID-19 | Kes positif global melebihi 136.29 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 136.29 juta. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Keputusan VAR batalkan gol Cavani memang tidak adil, kata McTominay
Cavani sepatutnya meletakkan skuad The Red Devils itu di depan pada minit ke-33 tetapi jaringannya dibatalkan selepas lengan McTominay didapati terkena muka Son Heung-min.

Sonny amat bertuah bapanya lelaki lebih baik daripada Ole - Mourinho
Solskjaer meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan Son merebahkan badan dalam babak pertama pertemuan EPL di antara kedua-dua pasukan itu.

Ego dan trofi: Mourinho perlekeh mentaliti Solskjaer
Mourinho cukup yakin bahawa Alex Ferguson mempunyai pendapat yang berbeza tentang hal yang dinyatakan Ole Gunnar Solskjaer.

Mourinho tuduh pemain punca Tottenham gagal menang
Dua gol pantas daripada Harry Kane meletakkan Spurs 2-1 di depan dalam separuh masa pertama pertembungan EPL di Newcastle United, awal pagi tadi.

Manchester United kena sergah
Tandukan Danny Welbeck ke atas bekas kelabnya itu meletakkan Brighton yang diancam penyingkiran memecah kebuntuan perlawanan dalam babak pertama.

Solskjaer bawa saya ke tahap yang lebih tinggi - Shaw
Shaw telah menjadi salah satu pemain terbaik United musim ini dan kembali ke peringkat antarabangsa untuk pertama kalinya dalam tempoh dua tahun.

Beckham percaya Messi, Ronaldo dan Neymar akan tertarik dengan Inter Miami
Pemilik bersama Inter Miami, David Beckham percaya menandatangani bintang seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar jauh daripada impian utama kelab MLS itu.

Solskjaer pertahan pemilihan skuad selepas disingkir Leicester City
Bekas penyerang Manchester City, Kelechi Iheanacho, menyumbat kedua-dua gol dalam setiap babak.

Tuchel tidak terkejut Chelsea bergelut ke separuh akhir
The Blues beraksi agak bertahan sepanjang separuh masa kedua di Stamford Bridge, malam tadi, sebelum gol lewat Hakim Ziyech melengkapkan kemenangan 2-0 tuan rumah.

TMJ pertimbang beli saham kelab elit Eropah termasuk MU
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang menimbang kemungkinan membeli saham dengan mana-mana kelab elit di liga Eropah pada masa akan datang.