Usain Bolt jaring dua gol untuk Central Coast Mariners

Ian Johan Ariff
Oktober 12, 2018 12:14 MYT
Usain Bolt meraikan kemenangan Central Coast Mariners bersama peminat. - Foto REUTERS/David Gray
MANUSIA terpantas di dunia, Usain Bolt menjaringkan dua gol dalam penampilan sulungnya untuk pasukan bola sepak profesional, ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan untuk kelab Australia, Central Coast Mariners.
Pemenang lapan pingat emas Olimpik itu menjaringkan gol ketiga dan keempat ke atas Macarthur South West, untuk membantu Mariners menang 4-0.
Bolt menjaringkan gol pertamanya dengan penuh gaya apabila memecut untuk menyambut hantaran bola daripada penyerang Scotland, Ross McCormack, menghalang tentangan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan leret yang deras untuk menewaskan penjaga gol South West.
Jaguh pecut itu kemudian mengambil kesempatan kekecohan di bahagian pertahanan South West untuk meledak gol kedua peribadinya dari jarak dekat.
Bolt berlatih bersama kelab Liga-A Australia itu pada Ogos dan berusaha keras untuk memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional pada usia 32 tahun.
Jaguh pecut dari Jamaica itu masih lagi memegang rekod dunia untuk pecut 100 dan 200 meter.
Beliau juga pernah mengadakan latihan dengan kelab Jerman, Borussia Dortmund, kelab Afrika Selatan Sundowns dan Stromsgodset di Norway, selain beraksi dalam perlawanan persahabatan yang dianjurkan UNICEF.
Beliau bersara dari olahraga pada 2017 dan berusaha keras mencapai impiannya untuk bermain dengan kelab bola sepak profesional.
Bagaimanapun, Mariners belum menawarkan Bolt sebarang kontrak untuk mengikat pemain itu.
Musim baharu Liga-A bermula pada 19 Oktober tahun ini.

BOLT HAS HIS BRACE! That's two goals tonight for @usainbolt!! What a moment in sport, don't think limits! #CCMFC @FOXFOOTBALL pic.twitter.com/0NeIH9i49V

— Central Coast Mariners (@CCMariners) October 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Here it is, @usainbolt, the footballer, scores his maiden Mariners goal. What a moment! Don't think limits! #SWSvCCM #CCMFC @FOXFOOTBALL pic.twitter.com/X7zrqmrYCZ

— Central Coast Mariners (@CCMariners) October 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#A-League #Borussia Dortmund #Central Coast Mariners #Macarthur South West #Ross McCormack #Stromsgodset #Sundowns #Usain Bolt