Usain Bolt timang anak kembar lelaki

Hafizi Rosli
Jun 21, 2021 03:29 MYT
Raja pecut dunia, Usain Bolt dan pasangannya, Kasi Bennett berkongsi foto bersama anak-anak mereka termasuk pasangan kembar lelaki yang dilahirkan pada Hari Bapa. - Foto/Instagram/@usainbolt
RAJA pecut dunia, Usain Bolt dan pasangannya menimang cahaya mata sepasang kembar lelaki.
Pengumuman berita gembira bersama foto ahli keluarga baharunya itu dikongsi beliau menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, @usainbolt pada Ahad, sempena sambutan Hari Bapa.
Atlet ternama dunia itu dan pasangannya, Kasi Bennett memilih nama Thunder Bolt dan Saint Leo Bolt untuk anak mereka.
Pemegang rekod dunia untuk tiga kali itu pada Mei, 2020 dikurniakan anak perempuan, Olympia Lightning Bolt.
Dalam hantara berlainan, pasangannya, Bennett turut mengucapkan ucapan penghargaan sempena Hari Bapa kepada Bolt.
"Anda sangat menakjubkan dan seorang bapa yang sangat baik untuk keluarga kecil ini," tulis Bennett isterinya dalam laman Instagram @kasi.b.
Bolt merupakan pemenang emas sebanyak lapan kali di temasya sukan Olimpik sebelum mengumumkan persaraan pada 2017.
Sehingga kini beliau masih dikenali sebagai pelari pecut sepanjang zaman.
Pasangan itu didakwa mengikuti jejak langkah selebriti terkenal Kanye West dan Kim Kardashian menamakan anak mereka.
Anak perempuan pertama Kanye dan Kim bernama Nort West.
Walaubagaimanapun, nama unik anak pasangan itu masih belum menandingi bayi Elon Mask dan Grimes dengan nama X Æ A-Xii tahun lalu.
#Usain Bolt #bayi #Olimpik #pelari pecut #Jamaica #hari bapa