Van Dijk bebas kecederaan, bakal turun bertemu Leeds

Astro Arena
September 10, 2021 03:26 MYT
Kapten skuad Belanda itu mengalami kecederaan ringan ketika meraih kemenangan 6-1 ke atas Turki. - Stadium Astro
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, telah menyatakan bahawa Virgil van Dijk cergas untuk bertemu Leeds United Ahad ini selepas menghadirkan kebimbangan apabila mengalami kecederaan ketika bertugas di peringkat antarabangsa.
Kapten skuad Belanda itu mengalami kecederaan ringan ketika meraih kemenangan 6-1 ke atas Turki Selasa lalu, di mana ia merupakan satu kebimbangan buat Liverpool selepas ketiadaan khidmat Van Dijk hampir keseluruhan musim lalu.
Bagaimanapun, pertahanan itu segera menenangkan kebimbangan Klopp sebelum kembali ke Liverpool.
Pengurus Liverpool itu mengesahkan tahap kecergasan pemain pertahanannya itu.
"Melihat apa yang berlaku kepada Virgil [van Dijk], itu jelas merupakan saat yang menakutkan, anda dapat bayangkan," kata Klopp kepada laman web rasmi Liverpool.
"Saya bertanyakan kepadanya setelah perlawanan, 'Apakah anda baik-baik saja?'."
Klopp segera dikirimkan pesan atau jaminan, dan dia kemudian bertanya apakah Van Dijk '100 peratus' pulih, dan diberitahu dia sebenarnya '200 peratus' cergas.
#bola sepak #Liverpool #Virgil Van Dijk #Leeds United