awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vans Park Series: Jepun dominasi saingan kelayakan Asia

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
19/08/2017
15:40 MYT
Vans Park Series: Jepun dominasi saingan kelayakan Asia
Hanya tiga peserta menyertai kategori wanita bagi zon Asia ini yang menyaksikan Kihana Ogawa (gambar) dari Jepun muncul juara. -Astro AWANI/Ian Johan Ariff
Jepun mendominasi kejohanan papan selaju ataupun skateboarding Vans Park Series kelayakan bagi benua Asia yang berlangsung di Singapura hari ini.
Wakil negara itu, Kensuke Sasaoka muncul juara diikuti rakan senegara, Akira Tanaka dan Makoto Nishikawa masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Wakil tunggal negara Arina Rahman membuat persembahan terbaik pada pusingan terakhir pada final namun gagal memecah dominasi trio dari Jepun yang mendahului sejak pusingan awal lagi.
Hanya tiga orang menyertai kategori wanita bagi zon Asia ini yang menyaksikan Kihana Ogawa dari Jepun muncul juara.
Dari kiri Makoto, Kensuke & Akira dari Jepun. - Vans Park Series
Dari kiri Makoto, Kensuke & Akira dari Jepun. - Vans Park Series
Pencabarnya, Sky Brown yang baharu berusia sembilan tahun mendapat tempat kedua diikuti seorang lagi peluncur Jepun Sakura Yosozumi.
Sky, warga Amerika Syarikat yang menetap di Jepun terkenal dengan video-videonya di Instagram @awsmkids dilihat berluncur dengan lebih baik daripada peluncur lelaki yang bertanding pada kejohanan yang diadakan di East Coast Skatepark, Singapura.
Dari kiri Kihana, Sky dan Sakura. - Foto Vans Park Series
Dari kiri Kihana, Sky dan Sakura. - Foto Vans Park Series
Kensuke dan Kihana akan bersaing di kejohanan dunia Vans Park Series bersama dengan juara-juara daripada benua yang lain di Shanghai, China pada 23 September nanti.
Topic Berkaitan
#Jepun
#Kensuke Sasaoka
#Papan Selaju
#Singapura
#skateboarding
#vans park series
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan