KUALA LUMPUR: Selepas empat tahun tidak digunakan, Velodrom Kuala Lumpur, Cheras akhirnya dibuka semula bagi kegunaan latihan pasukan berbasikal Kuala Lumpur menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022.
Presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) Ahmad Arif Astaman berkata, kebenaran untuk membuka semula venue berusia 34 tahun itu, susulan perbincangan pihaknya bersama pemaju Dupion Development SDN BHD, yang juga pemilik tanah kawasan tersebut.
"Pasukan dibenarkan berlatih di velodrom ini sehingga Sukma atas budi bicara yang diberikan pemilik tanah, mereka berbesar hati membenarkan atlet menggunakan venue ini, walaupun perlu menanggung kos untuk menunda pembinaan di kawasan itu.
"Dengan adanya venue ini, jurulatih berpeluang mengawal jadual latihan untuk pelumba muda kerana mereka tidak perlu berkongsi pusat latihan dengan pelumba lain," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad berbasikal Kuala Lumpur di velodrom itu, hari ini.
Mengulas mengenai tahap keselamatan velodrom, Ahmad Arif optimis venue ikonik itu mempunyai permukaan yang selamat untuk dijadikan tempat latihan, hasil daripada penelitian bekas pelumba negara dan jurulatih berpengalaman Datuk Ng Joo Ngan.
"Walaupun tidak diselenggara selama hampir empat tahun, trek ini cukup selamat digunakan namun pada waktu hujan tiada latihan akan dijalankan, atlet akan tunggu sehingga trek ini kering dan kami akan membina laluan yang selamat untuk atlet masuk ke kawasan ini," katanya.
Beliau pada masa sama memaklumkan pihaknya dalam usaha untuk mengemukakan kertas cadangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan, untuk menyediakan sebuah velodrom baharu sebagai pusat latihan untuk atlet berbasikal Kuala Lumpur.
Bagi atlet muda berbasikal Kuala Lumpur, Ahmad Syafiq berpendapat pembukaan sementara Velodrom Kuala Lumpur memberi kelebihan kepadanya dan pasukan, untuk menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi kejohanan akan datang.
"Sangat seronok dapat jalankan latihan di velodrom ini sebab sebelum ini kami hanya berlatih di jalan raya, dan lokasi lagi dekat untuk berlatih berbanding Velodrom Nasional di Nilai yang memerlukan kos untuk ke sana," kata atlet berusia 18 tahun itu.
Sementara itu, Joo Ngan menyifatkan velodrom itu sebagai pusat latihan terbaik kerana strukturnya yang terbuka dan terdedah kepada matahari, selain mempunyai permukaan trek simen berbanding velodrom tertutup dengan permukaan trek kayu.
Berdasarkan laporan media sebelum ini, DBKL telah menjual kawasan seluas 4.8 hektar itu kepada pihak pemaju dan kali terakhir venue itu menganjurkan kejohanan adalah pada Mac 2017, sebelum ia ditutup untuk dirobohkan bagi memberi laluan untuk pembinaan projek komersial.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Walaupun tidak diselenggara selama hampir empat tahun, trek ini cukup selamat digunakan namun pada waktu hujan tiada latihan akan dijalankan. - Facebook/Kuala Lumpur Cycling Association
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Velodrom KL dibuka sementara sebagai pusat latihan hadapi Sukma
Walaupun tidak diselenggara selama hampir empat tahun, trek ini cukup selamat digunakan namun pada waktu hujan tiada latihan akan dijalankan.