SUKAN
Verstappen juara GP Qatar, perebutan gelaran dunia F1 masih terbuka
Max Verstappen menjuarai Grand Prix Qatar, membuka laluan kepada perebutan gelaran dunia Formula 1 di GP Abu Dhabi. - Foto Reuters
BEIJING: Pemandu Red Bull, Max Verstappen, menjuarai Grand Prix (GP) Qatar pada Ahad sekali gus membuka laluan kepada perebutan gelaran dunia Formula 1 (F1) tiga penjuru di GP Abu Dhabi hujung minggu depan, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Kemenangan Verstappen hadir apabila dua pencabar kejuaraan, Oscar Piastri dan Lando Norris, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan keempat selepas pasukan McLaren melakukan kesilapan strategi yang menafikan peluang Piastri untuk menang.
Selepas menjuarai perlumbaan Sprint pada Sabtu, Piastri mendahului Verstappen dan Norris sebaik perlumbaan bermula dari petak utama dan dilihat berpeluang untuk meraih kemenangan serta kembali ke prestasi terbaik selepas beberapa hujung minggu yang kurang memberangsangkan.
Dengan isu tayar haus di Litar Lusail, had maksimum 25 pusingan ditetapkan bagi perlumbaan 57 pusingan itu. Apabila Nico Hulkenberg berlanggar dengan Pierre Gasly pada pusingan ketujuh, keadaan memberi peluang kepada pelumba lain untuk masuk ke pit ketika Kereta Keselamatan berada di dalam litar.
Hampir keseluruhan pelumba memilih strategi itu, namun Piastri dan Norris kekal di litar dan berada di kedudukan pertama dan kedua - tetapi secara realiti terpaksa melakukan satu hentian pit tambahan berbanding pelumba lain.
Walaupun kedua-duanya memecut sebaik perlumbaan bersambung, mereka tidak mampu membuka jurang mencukupi untuk masuk pit tanpa kehilangan kedudukan kepada Verstappen, yang mengambil alih pendahuluan dan kekal di hadapan untuk meraih kemenangan ketujuh musim 2025.
"Saya tidak menjangka untuk menang hari ini, itu sudah pasti," kata Verstappen selepas perlumbaan.
"Dari segi kelajuan, kami tidak berada pada tahap sama seperti McLaren, tetapi kami membuat keputusan yang tepat, seperti kebanyakan pelumba lain, untuk masuk pit ketika kereta keselamatan.
"Itu hampir memberikan hentian pit percuma dan itulah yang menentukan perlumbaan saya."
Sementara itu, Piastri pula melahirkan kekecewaan terhadap keputusan McLaren yang tidak memanggilnya serta Norris masuk pit pada pusingan ketujuh.
"Kami tidak membuat keputusan yang betul dari segi strategi. Saya tidak lakukan sebarang kesilapan. Memang mengecewakan," kata pemandu Australia itu.
"Saya serahkan kepada pasukan untuk menentukan strategi terbaik. Mereka mempunyai lebih banyak maklumat berbanding saya."
Menjelang perlumbaan terakhir musim, Norris mendahului Verstappen dengan kelebihan 12 mata, manakala Piastri empat mata di belakang.
Ketiga-tiga pemandu itu masing-masing mempunyai tujuh kemenangan musim ini, dan perlumbaan Abu Dhabi bakal menjadi penentu gelaran melibatkan lebih dua pelumba buat kali pertama sejak 2010.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Max Verstappen menjuarai Grand Prix Qatar, membuka laluan kepada perebutan gelaran dunia Formula 1 di GP Abu Dhabi minggu depan.
- Oscar Piastri dan Lando Norris kedua-duanya terjejas oleh kesilapan strategi pasukan McLaren, membenarkan Verstappen mengambil alih pendahuluan dan meraih kemenangan.
- Kedua-dua Piastri dan Norris terpaksa melakukan hentian pit tambahan, memberi kelebihan kepada Verstappen yang menang tanpa dijangka.