awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Verstappen samai rekod kemenangan F1 Senna

Bernama
Bernama
19/06/2023
03:55 MYT
Verstappen samai rekod kemenangan F1 Senna
Max Verstappen meraikan kejayaan memenangi F1 Grand Prix Kanada di Montreal, 18 Jun 2023. (Foto AP)
BERLIN: Juara dunia Max Verstappen menyamai jumlah kemenangan Formula Satu (F1) Ayrton Senna dan meraih kemenangan ke-100 Red Bull dan melakar kemenangan ke-41 dalam kariernya di Grand Prix Kanada pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pendahulu kejuaraan itu meraih kemenangan keempat berturut-turut dan keenam daripada lapan perlumbaan musim ini selepas permulaan yang hebat, langsung tidak memberi peluang kepada Fernando Alonso dari Aston Martin, yang segera dipintas oleh pemandu Mercedes, Lewis Hamilton.
Bagaimanapun, Alonso berjaya memintas Hamilton untuk kedudukan tempat kedua pada pusingan ke-23 berikutan kemasukan kereta keselamatan yang tercetus selepas pemandu Mercedes George Russell melanggar dinding ketika rakan sepasukan, Hamilton terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Verstappen mendahului kedudukan pemandu dengan 195 mata, lebih 69 mata berbanding rakan sepasukan Sergio Perez yang menduduki tempat keenam di Kanada walaupun mencatatkan pusingan terpantas. F1 seterusnya berlangsung di Austria pada 2 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Grand Prix
#F1
#Max Verstappen
#Ayrton Senna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan