awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vida sedia 'pasukan' urus Kelantan FC

Sinar Harian
Sinar Harian
15/07/2023
02:50 MYT
Vida sedia 'pasukan' urus Kelantan FC
Vida bersama anak perempuannya, Cik B semasa sidang akhbar selepas perlawanan TRW menentang JDT di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. - Foto Sinar Harian
USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida sudah menyediakan pasukan untuk menguruskan Kelantan FC jika menjadi pemilik penuh ke atas The Red Warriors (TRW).
Vida berkata, pasukan tersebut disertai oleh individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak dan pengurusan bagi memastikan TRW kembali ke landasan terbaik.
"Setakat ini perbincangan berkait pembelian TRW sedang berjalan antara saya dengan Norizam Tukiman atau Zamsaham.
"Ketika ini sudah 50-50 sama ada untuk mengambil pasukan atau mencari kesepakatan lain yang difikirkan terbaik untuk pasukan. Lagipun Zamsaham sudah ada pengalaman dalam menguruskan bola sepak," katanya semasa sidang akhbar.
Menurut beliau, usaha yang dilakukan untuk menjadi pemilik kali ini dibuat kerana sayangkan pasukan Kelantan FC.
Ujarnya, semasa menjadi penaja Kelantan dahulu beliau lebih melihat kepada menjenamakan perniagaannya.
Dalam perkembangan lain, Vida menyambut baik cadangan untuk menubuhkan konsortium sebagaimana diutarakan.
Menurut beliau, bagaimanapun Kelantan tidak boleh mempunyai terlalu ramai nahkoda dalam pasukan.
"Kalau nak buat (konsortium) mereka perlu lantik dan beri mandat kepada seorang individu sahaja untuk membuat keputusan," katanya.
Mengulas mengenai nilai RM15 juta, Vida memberitahu, jumlah tersebut perlu diteliti dengan sebaik mungkin dan bukan sekadar melihat angka.
Sebelum itu media melaporkan Vida dilihat semakin serius untuk menjadi pemilik Kelantan FC apabila turun padang menyaksikan pertembungan TRW menentang JDT di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.
Anak kelahiran Tanah Merah itu duduk di sebelah pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelantan FC
#Hasmiza Othman
#The Red Warriors
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan