KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan menamatkan perjuangan mereka pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 tanpa sebarang keputusan positif selepas mengalami satu lagi kekalahan di tangan Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, semalam.
Malaysia yang tewas 0-2 kepada Vietnam gagal menyerap asakan demi asakan lawan sejak perlawanan di Stadium Lokomotiv bermula, menerima padah apabila penyerang Nham Manh Dung menanduk masuk hantaran lintang Nguyen Thanh Nhan untuk membuka tirai jaringan pasukannya pada minit ke-28.
Anak buah Brad Maloney yang kadang kala cuba "menyelinap" masuk ke kubu Vietnam berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaan dari luar kotak penalti oleh Mohd Aiman Afif Md Afizul melambung tinggi, selang dua minit kemudian.
Malang terus menimpa Malaysia apabila Muhammad Hairiey Hakim Mamat dilayangkan kad merah selepas bola terkena tangannya ketika cuba menghalang gerakan Dung Quang Nho, yang mengakibatkan pasukan lawan dianugerahkan sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.
Biarpun gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas percubaannya diselamatkan penjaga gol negara, Firdaus Irman, ketua pasukan Bui Hoang Viet Anh berjaya menebus kesilapannya dengan pantas menolak masuk bola yang muntah untuk menjadikan Vietnam terus selesa di depan 2-0 menuju ke bilik persalinan.
Walaupun tempang dengan sepuluh pemain, namun pujian harus diberikan kepada Harimau Muda apabila tidak mengizinkan naib juara 2018 itu daripada terus membuatkan luka mereka semakin parah pada babak kedua.
Skuad kendalian bekas pemain Korea Selatan, Gong Oh-kyun hampir menambah jaringan ketiga namun percubaan Quang Nho sedikit tersasar di sebelah kiri gawang gol Malaysia pada minit ke-69.
Percubaan terbaik pasukan negara di separuh masa kedua pula hadir pada minit ke-76 namun tandukan lemah oleh pemain pertahanan kanan Quentin Cheng gagal menemui sasaran dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Kejayaan Vietnam itu menyaksikan mereka berjaya mengesahkan slot ke suku akhir selepas muncul naib juara dengan mengutip lima mata di belakang Korea Selatan yang mengungguli Kumpulan C menerusi tujuh mata.
Satu lagi aksi di Stadium Pakhtakor menyaksikan Korea Selatan menang tipis 1-0 ke atas Thailand, sekali gus menyebabkan mereka mengakhiri saingan di tangga ketiga Kumpulan C dengan empat mata.
Kekalahan ketiga berturut-turut Malaysia selepas dibelasah 1-4 pada perlawanan pembukaan menentang Korea Selatan, 2 Jun lepas, diikuti tumpas 0-3 kepada Thailand, Ahad lalu, menyaksikan mereka menamatkan saingan Kumpulan C di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Antara aksi menarik ketika Kejohanan Piala Asia B-23 2022 aksi terakhir Kumpulan C di Tashkent, Uzbekistan, semalam. - Facebook Football Association of Malaysia

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

PRN: BN Selangor sedia runding PH agihan kerusi
Perjumpaan dengan PH akan dimuktamadkan selepas semua komponen BN bersetuju mengenai jumlah kerusi bakal ditandingi BN.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Serbuan Imigresen | SUHAKAM bimbang kebajikan 36 kanak-kanak Indonesa di Depoh
SUHAKAM amat bimbang dengan keadaan dan kebajikan 36 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng berikutan penahanan 67 warga Indonesia oleh Jabatan Imigresen selepas serbuan awal pagi yang dijalankan di sebuah penempatan di Nilai Spring pada 1 Februari 2023. Di samping memperakui tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, SUHAKAM ingin menekankan tanggungjawab Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dalam menjamin kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Jenazah Presiden MAA, Aishah Ahmad dikebumikan di Arab Saudi hari ini
Jenazah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.

TVET | Perlu tekankan konsep ‘sekolah ke kerjaya’
Sudah tiba masanya konsep sekolah ke kerjaya ditekankan kerana ia akan memberi ruang pelajar terlibat dalam kerjaya yang diminati ketika masih di alam persekolahan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan.

Polis kenal pasti, kesan individu baling botol kaca ke jalan raya
Polis telah mengenal pasti individu dalam video tular yang membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah kediaman ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan.

Harimau Muda 'jinakkan' UAE di Bogor
Harapan skuad B-16 kembali selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE), 3-2 dalam aksi di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia pada Jumaat.

Malaysia terpaksa lupakan hasrat beraksi di Piala Asia B-20
Skuad Bawah (B) - 19 tahun kebangsaan dibelasah 6-2 oleh Korea Selatan di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF), Ulaanbaatar.

Sazali Waras sasar minimum tujuh mata
Skuad Harimau Muda itu disasarkan meraih tiga mata pertama mereka apabila membuka tirai kempen bertemu tuan rumah, Rabu ini.

B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.

B-19 AFF: Harimau Muda jumpa Vietnam di separuh akhir
Rekod tanpa kalah pasukan bawah 19 Tahun (B-19) negara dalam kempen Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) lebur selepas tewas 0-1 kepada Laos.

Kejuaraan AFF B-19: Harimau Muda layak ke separuh akhir
Skuad Harimau Muda bawah 19 (B-19) mengesahkan slot ke separuh akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas menewaskan Timor Leste 4-3, malam ini.

Vietnam tambah luka Harimau Muda
Malaysia gagal menyerap asakan demi asakan lawan sejak perlawanan di Stadium Lokomotiv itu bermula.

Perjuangan Harimau Muda di Tashkent berakhir
Skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan terpaksa pulang lebih awal selepas tumpas 0-3 kepada Thailand.

Korea Selatan terlalu handal buat anak buah Maloney
Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan meraih kekalahan sulung dalam kempen Kejohanan Piala Asia B-23 2022 selepas tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan.

Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.