SUKAN
Viktor Axelsen bercerai selepas empat tahun berumah tangga
Pemenang emas dua kali Sukan Olimpik itu mendirikan rumah tangga pada 2021 dan dikurniakan dua orang anak perempuan. - Stadium Astro
PEMAIN perseorangan lelaki Denmark, Viktor Axelsen, menerusi perkongsian di laman X berkongsikan rumah tangganya menemui penghujung selepas berpisah bersama isterinya iaitu Natalia Koch Rohde selepas empat tahun perkahwinan.
Ringkasan AI
Pemenang emas dua kali Sukan Olimpik itu mendirikan rumah tangga pada 2021 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.
Terdahulu, pemain berusia 30 tahun itu mengumumkan penarikan diri daripada Kejohanan Dunia BWF 2025 bagi menjalani proses pemulihan daripada pembedahan kecederaan ketika tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu.
"Hidup tidak selalu berjalan seperti yang kita rancang. Natalia dan saya telah memutuskan untuk berpisah secara baik.
"Fokus utama kami adalah buat kedua anak perempuan kami yang luar biasa dan menjadi ibu bapa terbaik bat mereka sepanjang waktu yang sukar ini.
"Kami mohon agar semua orang menghormati privasi kami" katanya.
Untuk rekod, Axelsen menjuarai Kejohanan Dunia pada 2017 dan 2022. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Viktor Axelsen umum perpisahan dengan isterinya Natalia Koch Rohde selepas empat tahun perkahwinan, dengan fokus utama kini kepada dua anak perempuan mereka.
- Axelsen tarik diri daripada Kejohanan Dunia BWF 2025 untuk menjalani pemulihan selepas pembedahan kecederaan, susulan tersingkir awal di Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu.
- Axelsen merupakan pemenang emas dua kali Sukan Olimpik dan juara Kejohanan Dunia pada tahun 2017 dan 2022.