awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Villa bukan batu loncatan untuk ke Liverpool, kata Gerrard

Astro Arena
Astro Arena
19/11/2021
03:58 MYT
Villa bukan batu loncatan untuk ke Liverpool, kata Gerrard
Legenda The Reds itu mengambil alih tugas selaku pengurus Aston Villa selepas bersetuju dengan satu kesepakatan sehingga 2025. - Astro ARENA
STEVEN Gerrard menegaskan bahawa dia tidak melihat Aston Villa sebagai batu loncatannya untuk menjadi pengurus Liverpool.
Legenda The Reds itu mengambil alih tugas selaku pengurus Aston Villa selepas bersetuju dengan satu kesepakatan sehingga 2025 selepas menamatkan tempohnya di Rangers.
Gerrard membantu Rangers menamatkan penantian 10 tahun pasukan itu untuk memenangi Liga Perdana Scotland musim lalu dan meninggalkan pasukan itu ketika berkelebihan empat mata di depan seteru tradisi, Celtic, di puncak liga.
Pengurus berusia 41 tahun itu mengambil allih Villa pada ketika pasukan itu tewas lima perlawanan terakhir berturut-turut di bawah kendalian Dean Smith dan membawa misi untuk memulihkan pasukan itu untuk meningkatkan reputasinya selaku pengurus.
Tetapi dia tidak melihat kelab barunya itu sebagai batu loncatan untuk kembali ke Liverpool sebagai pengurus.
"Saya mempertaruhkan segala-galanya dan saya akan memberikan segala yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Saya akan 100 peratus komited dan ia termasuk pegawai saya," kata Gerrard dalam sidang media pertamanya bersama Villa.
"Amat tidak adil, anda tidak pernah dengar saya katakan bahawa ia satu batu loncatan. Bagi saya, saya benar-benar menghormati dan berbangga dengan posisi ini.
"Tidak ada salahnya dalam bola sepak untuk memiliki impian dan aspirasi tetapi Liverpool kini memiliki pengurus berkelas dunia (Jurgen Klopp) dan mereka gembira dengannya.
"Jika dia akan menandatangani kontrak sepanjang hayat (bersama Liverpool), saya akan gembira buat mereka dan buatnya," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Steven Gerrard
#Aston Villa
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan